in

“Chris dapat keris!” – Persoalan Mengapa Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Berada Di Premier ‘Extraction 2’ Terjawab

aaron iedil chris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, banyak persoalan yang diajukan netizen tentang mengapa dua pelakon hebat tempatan Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie berada di premier filem Netflix, Extraction 2 di Manila yang dibintangi oleh pelakon ternama Hollywood, Chris Hemsworth.

Sebelum ini, Netflix mengesahkan yang kedua-dua pelakon Malaysia itu tidak beraksi dalam filem berkenaan namun mengapa mereka berada di malam premier filem tersebut?


Rupa-rupanya, Aaron Aziz serta Iedil Dzuhrie merupakan antara pelakon yang membintangi video promosi filem berkenaan, turut sama dalam video itu ialah pelakon muda, Fify Azmi.

@netflixmy

@chrishemsworth + @therealaaronaziz + @fifyazmiofficial = A ??? #PuduExtraction Mission! Saksikanlah camne hero2 tempatan kita menyelamatkan @iedilpunya yang ditawan di pintu gerbang Penjara Pudu ? yang mempunyai kisah dan sejarahnya tersendiri dengan tip-tip awesome dan surprise ? dari Chris Hemsworth dan Sam Hargrave dari Extraction2.

♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia

Sebelum ini juga, kecoh di media sosial apabila Iedil dilaporkan ‘hilang’, namun segalanya terjawab apabila dalam video berdurasi lebih 3 minit itu memaparkan Aaron dan Fify menyelamatkan Iedil yang diculik oleh sekumpulan orang jahat dan ditahan di atas pintu gerbang penjara Pudu.

Sebelum itu, Aaron dan Fify meminta tips untuk menyelamatkan rakan mereka itu daripada Chris Hemsworth serta Sam Hargrave.

“Chris dapat keris!” 

Selepas mereka menyelamatkan Iedil, mereka bertemu dengan Chris Hemsworth di sebuah lokasi dan sebagai tanda terima kasih, mereka memberikannya sebilah keris.

Netizen menyambut baik video promosi berkenaan dan rata-rata teruja apabila melihat aksi yang dipamerkan oleh Aaron Aziz.

cats 66

Fuh, ini kalau betul-betul mesti gempak! 

Baca: “Allah knows best” – Aaron Aziz Sepentas Dengan Chris Hemsworth, Netizen ‘Perli’ Syamsul Yusof?

Aaron Salam Chris Thor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.