Pelakon yang popular dengan drama Kiah Perkasam, iaitu Rozita Che Wan dilaporkan masih belum melunaskan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di mana baki hutang yang tertunggak tersebut berjumlah RM443,392.
Memetik laporan Berita Harian, perkara tersebut didedahkan oleh pihak MARA.
Difahamkan, pelakon yang turut dikenali dengan nama Che Ta itu setakat ini telah membayar hutangnya dengan baki tertunggak berjumlah RM689,307.59 setakat 18 Februari lalu.
Kira-kira RM150,000 daripada jumlah tersebut dibayar secara tunai di pejabat Majlis Amanah Rakyat manakala selebihnya pula dibayar menerusi transaksi dalam talian.
Artikel berkaitan: “Sila betulkan kenyataan anda” – Che Ta Tepis Dakwaan Tak Pernah Bayar Pinjaman MARA
Artikel berkaitan: “Takkan tinggal atas pokok” – Tular Dakwaan Rumah Disita, Ini Penjelasan Che Ta
Menurut Pengerusi MARA iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bayaran hutang selebihnya yang bernilai lebih RM400K itu perlu dibuat sebelum akhir bulan ini iaitu 31 Mac ini.
Jika tidak, difahamkan, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakon itu.
Tindakan tegas tersebut adalah sama yang dikenakan kepada peminjam-peminjam MARA yang lain jika pinjaman mereka tidak dibayar semula.
Ini kerana pihak MARA tidak berkompromi dengan mana-mana peminjam MARA tidak kiralah mereka artis atau orang biasa.
Sumber: Berita Harian