Korang masih ingat tak pengalaman pertama korang pergi camping zaman-zaman sekolah rendah dulu?
Sebut pasal camping atau perkhemahan ni, memang teringat zaman sekolah dulu masing-masing eksaited bila dapat tahu pasukan beruniform diorang akan buat perkhemahan dan sebelum camping, biasanya cikgu akan bagi senarai-senarai barangan yang korang kena bawak, biasanya peralatan-peralatan penting, macam lampu suluh, tali, lilin dan macam-macam lagi lah.
Bila dah dewasa ni, rasanya masih ada yang teruskan aktiviti berkhemah ni, walaupun kini mungkin bukan lagi mewakili sekolah atau badan beruniform macam Pengakap, Kadet Remaja dan sebagainya, tapi min yakin, teknik atau ilmu yang pernah diajarkan dulu akan dimanfaatkan sebaiknya.
Tapi, boleh lah agaknya min nak cakap yang scene berkhemah ni dah banyak lainnya kalau nak dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun dulu. Iyelah, zaman kita dulu, mana nak ada liputan internet sangat, nak dapat line nak call mak ayah pun susah!
Untuk korang yang mungkin baru dalam aktiviti perkhemahan ni, ini ada beberapa barangan yang korang ‘wajib’ bawak kalau keluar berkhemah dengan kawan-kawan nanti.
Powerbank
Ini antara ‘alat’ penting ni! Kalau tak ada powerbank, macam mana korang nak cas telefon nanti. Biasanya bateri confirm cepat habis selain banyak jugak aksesori yang selalu dibawa masa camping boleh dicas gunakan powerbank ni.
Contohnya kipas portable, lampu suluh, pam dispenser air dan lain-lain.
Bantal/Tilam angin
Selain memastikan kawasan tapak selamat, kita mesti nak keselesaan. Kalau dulu, mungkin kita okay je nak tidur beralaskan beg, sekarang ni, ada banyak bantal atau tilam angin yang dijual.
Harga pun tak sampai ratus-ratus rasanya. Nak selesa, apa salahnya kan?
Dapur portable
Kalau aktiviti berkhemah, tak lengkap kalau tak ada masak-masak kan? Kalau dulu, agak payah sebab nak kena cari kayu, kemudian kena pastikan api tak terlalu besar dan sebagainya.
Sekarang ni dah mudah, bawa je dapur mudah alih atau ‘portable‘ yang gunakan gas tu. Tinggal nak hidupkan dan masak je! Simple.
‘Set’ buat kopi atau teh
Selain itu, min perasan trend sekarang adalah orang akan muatnaik gambar diorang sedang menikmati minuman panas, sama ada teh atau kopi yang dibuat di tapak perkhemahan.
Alang-alang dah ada view cantik, minum pun mesti lah nak sedap kan. Korang boleh jugak gunakan air mineral semulajadi macam Spritzer yang kaya dengan silika yang mempunyai banyak khasiat seperti menggalakkan pertumbuhan tulang dan melembutkan saluran darah, tetapi juga meningkatkan tahap kolagen untuk meningkatkan kesihatan rambut, kulit & kuku.
Bekalan air minum secukupnya
Kalau dulu, ingat lagi sumber air yang ada hanyalah sungai. Situlah tempat nak mandi, nak amik air untuk kegunaan memasak dan lain-lain. Tapi biasanya orang yang biasa pegi camping ni mesti diorang akan standby juga beberapa botol air mineral kan?
Kalau risau tumpah atau korang rasa leceh nak tuang-tuang bila nak guna air mineral, apa kata korang beli je dispenser pam air dari Spritzer ni.
Fungsi ‘one-push’ button pada pam ni akan mengeluarkan air secukupnya sesuai dengan kuantiti yang korang nak dan semestinya boleh digunakan dengan botol air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika.
Jadi dah tak risau air tertumpah atau nak kena tonggeng botol berat-berat nak minum air!
Ciri-ciri menarik ‘Spritzer Water Pump Dispenser’ :
- Ringan dan mudah alih
- Saiz kecil
- Boleh dicas semula
- Fungsi ‘one-button’ yang mudah digunakan
- Kualiti terjamin selamat diperbuat dari silikon (gred makanan)
Tak cukup dengan itu, selain rekabentuk dan fungsi yang disebutkan tadi, ‘paip’ dispenser ini boleh digunakan untuk botol 6 liter atau 9.5 liter. Jadi, kalau korang bukan kaki ‘camping‘ pun, boleh beli dan gunakan dekat rumah.
Paling best, harganya hanya RM39.90 sahaja dan kalau korang beli sekarang hingga 15 April 2022 nanti, ada disertakan dengan promosi iaitu;
- RM49.90 akan dapat 2 unit air mineral 6 liter dan Spritzer Water Pump Dispenser
atau
- RM52.90 akan dapat 2 unit air mineral 9.5 liter dan Spritzer Water Pump Dispenser
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Spritzer dekat sini, atau follow diorang di media sosial seperti Facebook dan juga Instagram untuk dapatkan pelbagai lagi promosi terkini.