in

Cakra Khan Beli Berkotak-kotak Mi Segera Malaysia, Buat ‘Stock’ Di Indonesia

syaz ft 2025 06 26T164242.866

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala, kita sanggup mencari jalan untuk mendapatkan makanan kegemaran kita.

Sama seperti penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Cakra Khan, dia mengakui jatuh cinta dengan keenakan mi segera perisa kari sehingga sanggup membawa pulang makanan sinonim masyarakat marhaen tersebut ke tanah airnya setiap kali berkunjung ke Malaysia.


Cakra atau nama lengkapnya Cakra Konta Paryaman, 33, dia akan membeli berkotak-kotak mi segera buatan Malaysia untuk dijadikan stok di kediamannya.

Artikel berkaitan: “Kedai pacak khemah tepi jalan je” – Netizen Pertikai Mi Segera ‘Seafood’ Dijual Harga RM20

Artikel berkaitan: “Siap makan burger atas pentas” – Netizen Terharu Lihat Cakra Khan Bawa Eerah Atas Pentas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

“Saya akan bawa pulang berkotak-kotak sehingga pihak berkuasa di lapangan terbang sangka saya mahu jual semula tapi tidak, saya buat makan di rumah.

Setiap orang yang ikut saya ke Kuala Lumpur akan bawa sekotak untuk dibawa pulang ke Indonesia,” katanya.

Selain mi segera perisa kari, pelantun lagu Kekasih Bayangan itu memberitahu dia sangat menyukai mi goreng mamak yang juga menu wajib setiap kali ke negara ini.

Malah, penyanyi itu juga kadangkala sanggup terbang ke Malaysia hanya kerana ingin menambah stok mi segera kegemarannya itu.

“Kadang-kadang kalau ke sini pihak berkuasa di lapangan terbang akan tanya ada acara apa di Malaysia.

Tapi sebenarnya saya cuma nak tambah stok mi segera kari saya. Mungkin mereka pun dah bosan tengok muka saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cakra bakal difahamkan akan mengadakan Cakra Khan Divine Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 Ogos depan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.