in

Bukan Tamak Atau Gila Harta, 100% Harta Sepencarian Dengan Suami Dipindah Jadi Milik Aisyah Hijanah

aisyah hijanah penyelesaian perjanjian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Jangan biar emosi mengalahkan kebijaksaan anda…” 

Itulah antara kata-kata yang ditulis dalam posting terbaru di Instagram Aisyah Hijanah yang mendedahkan bahawa dia telah membuat perjanjian bertulis dengan suami, Alif Teega berkaitan aset harta pencarian yang telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah.


Menurut Aisyah, aset ini melibatkan syer bagi bisnes Hijanah, rumah, kereta dan aset-aset lain yang telah dibina hasil titik peluh dengan suaminya.

Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah Tampil Bagi Respon Isu Dakwaan Dicederakan Oleh Alif Teega

Artikel berkaitan: “Hari ini abang akan masuk lokap” – ‘Voicenote’ Pergaduhan Aisyah & Alif Tersebar?

Snapinsta.app 412655299 908012697611183 3763202459996095529 n 1080

Biiznillah, Segala hasil titik peluh yg dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yg lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights & your efforts. Catat semua aset bersama & buat satu agreement khas.

“Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang & berdamai dgn takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early,” katanya.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta…” 

Tambah Aisyah lagi, dia juga menasihati para wanita yang berada seperti situasinya ini untuk tidak membuat keputusan dengan terburu-buru untuk bercerai atau membuat keputusan ketika marah dan sedih kerana ia akan merosakkan kesemuanya.

Malah katanya lagi, poligami bukanlah satu perkara yang haram tetapi tidak juga semua wanita boleh menerimanya. Oleh itu, sangat penting untuk para wanita melindungi diri mereka dan anak-anak sebagai jaminan di masa hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure dan jaminan utk diri dan anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk & cari jalan yg terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not, everything will ruin.

“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yg dalam ujian yg sama, diberikan kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami dan anak-anak. Semoga membantu,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia juga berterima kasih dengan Alif kerana memberi kerjasama dengan baik dan memberikan hak-hak yang sepatutnya kepadanya. Dia juga memohon supaya Allah mempermudahkan urusan mereka.

Posting berkenaan menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang mana rata-rata berharap agar ia menjadi contoh buat wanita lain untuk bangkit dan mendapatkan hak masing-masing.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat mereka semua. 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.