in

“Bukan semua orang boleh terima lawak kita” – Ryan Bakery Nasihat ‘Influencer’ Jaga Adab

ryan bakery

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lepas, media sosial hangat dengan isu pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang influencer terkenal kerana telah mencemarkan namanya.

Susulan isu itu, content creator popular Ryan Bakery tampil menasihati pempengaruh media sosial agar berhati-hati memuat naik kandungan jenaka yang boleh menyinggung perasaan orang lain.


Menurut Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, tidak semua pihak selesa apabila nama mereka dipetik dan digunakan sebagai bahan kandungan video.

Artikel berkaitan: “Ibu di hospital mana? Biar saya ziarah” – Ellie Suriaty Anggap Video Maaf Tak Ikhlas, Tetap Mahu Jumpa Ibu Imran Bard

Artikel berkaitan: “Saya nak jadi penghibur” – Dituduh ‘Sampah’ Industri, Ryan Bakery Mahu Jadi Seperti Senario

Screenshot 2025 02 24 171919

“Kita perlu berhati-hati apabila membuat konten terutama melibatkan nama seseorang.

“Si pelaku juga adalah seseorang yang dikenali dan begitu juga dengan nama individu yang disebut. Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu, tetapi bukan semua orang sama,” katanya.

Dia yang pernah berhadapan situasi serupa berkata, memohon kemaafan dengan tulus adalah langkah terbaik demi memastikan isu seperti ini tidak dipanjangkan lagi.

“Nasi sudah jadi bubur, minta maaf sahajalah secara profesional dan jangan panjangkan lagi masalah itu. Bila ego tinggi, ia jadi lebih susah dan sukar.

“Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.

“Tentang adab pula, memang sewajarnya ditegur. Adab nombor satu,” jelasnya.

Justeru, dia berharap pempengaruh itu dapat merendahkan ego dan berlapang dada menerima teguran daripada pelbagai pihak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.