Terdahulu, media melaporkan bahawa chef selebriti, Datuk Redzuawan atau lebih mesra dipanggil Chef Wan diperintah membayar ganti rugi bernilai RM150,000 kepada bekas menantunya Gavin Edward O’Luanaigh berhubung hantaran berunsur fitnah di media sosial.
Chef Wan menerusi hantaran di Instagram hari ini menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
Jelasnya, dia sudah berusaha membuktikan kebenaran namun mengakui caranya ‘menyerang’ Gavin di media sosial adalah salah.
Artikel berkaitan: Muat Naik Posting Berunsur Fitnah, Chef Wan Diarah Bayar RM150K Kepada Bekas Menantu
“Walaupun saya berusaha membuktikan kebenaran, peguam saya mengatakan cara saya menyerang dia di media sosial adalah salah.
“Jadi, bukanlah cerita saya yang tidak betul. Oleh itu, saya terima keputusan mahkamah,” katanya.
Ujarnya lagi, dia juga meluahkan rasa letih menghadapi drama keluarga yang berpanjangan. Chef Wan berharap keputusan mahkamah ini membolehkan dia dan keluarga move on.
Chef Wan turut menekankan bahawa wang tersebut tidak begitu penting baginya dan beliau lebih mengutamakan ketenangan dan kebahagiaan keluarganya.
“Yang baiknya, kami akhirnya berjaya menghilangkan dia dari kehidupan kami dan anak perempuan saya kini lebih bahagia. Alhamdulillah,” katanya lagi.
“Duit itu pada saya ibarat setitik di lautan dan esok ada rezeki kita kerja dapatlah balik,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menurut Chef Wan, dia berharap kisah hidupnya ini menjadi pengajaran kepada semua lelaki mengenai tanggungjawab dan kesetiaan kepada seorang isteri.
Untuk rekod, Gavin yang memeluk Islam pada 20 November 2006 telah mendirikan rumah tangga dengan anak Chef Wan yang juga merupakan pelakon iaitu Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.
Sumber: Instagram