Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kudus, Pontian, Johor.
Walaupun anaknya itu mengalami kecederaan yang teruk, setelah lima hari kecederaan tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu masih tidak membawanya untuk mendapatkan rawatan.
Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd. Shofee Tayib berkata, perkara itu terbongkar selepas pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan polis Balai Polis Pontian.
“Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau,” katanya.
Katanya, semasa anggotanya sampai ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Hasil pemeriksaan awal keatas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.
Difahamkan, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi pada Selasa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca: “Abah, abah” – Bapa Cerita Pengalaman Perit Hilang Dua Anak Kecil Saat Rumah Terbakar