in

Buat Content ‘Promote Sw*nger’, Ramai Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan

Ft Ds 1

Satu video street interview daripada seorang TikToker kini sedang tular dan menjadi bahan kecaman netizen kerana hantaran dan kandungannya yang dianggap tidak sensitif.

Video tersebut memperlihatkan dirinya sedang menemu ramah seorang wanita yang dikaburkan wajahnya, topik perbualan mereka adalah mengenai wanita yang memiliki akaun Dark Side (DS) di media sosial.

Artikel berkaitan : Mufti Kecewa YouTuber Jemput ‘Hot Daddy’, Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Artikel berkaitan : Isu ‘Hot Daddy’ Dengan 20 ‘Pelakon’, Abang Tesla Anggap Netizen Berat Sebelah?

Info ringkas, akaun DS ini adalah di mana pemilik akaun media sosial tersebut bebas untuk memaparkan sisi gelap mereka, terutamanya keinginan dan fantasi seksual. Ada juga yang membuat aktiviti persundalan menggunakan akaun ini.

Berbalik kepada topik, wanita yang lebih dikenali sebagai Lana itu mula memberitahu bahawa mungkin TikToker itu mula mengenalinya menerusi Twitter kerana lelaki tersebut menegur seolah-olah pernah nampak wanita ini sebelum memulakan temuramah mengenai topik DS.

Wanita tersebut menjawab bahawa dia tidak kisah kerana akaun DS itu bersama suaminya, malah lelaki tersebut juga ada bertanyakan soalan yang agak sulit jika suaminya melakukan ‘perbuatan’ itu bersama dengan wanita lain.

Wanita tersebut dilihat seolah-olah mendedahkan ‘hal dalam selimut’ yang terus membuat lelaki tersebut memberikan reaksi tergamam. Boleh rujuk video di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Melihat video tersebut, lelaki ini sendiri seolah-olah menunjukkan minat terhadap akaun DS wanita tersebut dan ia telah membuatkan orang awam rasa marah dan mengecam sekeras-kerasnya dengan hantaran pemuda ini.

Malah ramai netizen menggesa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemuda ini kerana dianggap mempromosikan aktiviti persundalan secara terang-terangan.

Screenshot 2024 10 10 140323 Screenshot 2024 10 10 140347 Screenshot 2024 10 10 140637 Screenshot 2024 10 10 140714 Screenshot 2024 10 10 140739 Screenshot 2024 10 10 140836

Mungkin nak social experiment kot

Sumber : X