in

“Boyfriend minta gambar jangan bagi…” – Video Lama CEO Batu Tular Semula Selepas Dituduh Hantar Gambar Tidak Senonoh Kepada Remaja 14 Tahun

ceo batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas pempengaruh media sosial, CEO Batu, ditahan polis semalam berhubung dakwaan menghantar gambar lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, sebuah video lama yang memaparkan lelaki berusia 22 tahun itu memberi nasihat kepada golongan remaja kembali tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi tujuh saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @demirakyatchannel, CEO Batu atau nama sebenarnya Mohd Iqbal pernah menasihati remaja agar tidak mudah menghantar gambar peribadi atau menjalinkan hubungan cinta sewaktu masih bersekolah.


“Boyfriend minta gambar jangan bagi. Jangan couple, dah habis sekolah nanti baru couple,” katanya dalam video tersebut.

Difahamkan, video berkenaan kembali tular selepas penyanyi dan personaliti media sosial, Caprice, membuat pendedahan mengenai ‘wajah sebenar’ CEO Batu.

Dalam pendedahan tersebut, Caprice memaparkan tangkap layar perbualan berunsur lucah antara seorang remaja perempuan bernama Isha dengan individu yang dipercayai CEO Batu.

Artikel berkaitan: Polis Tahan CEO Batu, Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja Bawah Umur

Artikel berkaitan: “Mangsa tersebut bukan saya” – Dituduh Teman Wanita CEO Batu, Wanita Tampil Beri Penjelasan

@demirakyatchannel Haa..ingat pesan CEO BATU. Budak-budak jangan memandai bagi gambar kat boyfriend. #ceobatu #parut #caprice #budak #bawahumur #boyfriend #isha #CapCut ♬ original sound – Demi Rakyat Channel

Perbualan dikatakan bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu untuk berbincang mengenai penghasilan kandungan TikTok, namun komunikasi tersebut berubah menjadi tidak wajar apabila lelaki itu didakwa menghantar gambar tidak senonoh.

Lebih mengejutkan, CEO Batu dilaporkan telah merayu kepada ibu mangsa agar tidak membuat laporan polis, selain mengakui “terlepas pandang” mengenai gambar yang dihantar.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit kemudiannya menyerah diri kepada pihak berkuasa dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

ceo batu
CEO Batu

Menurut kenyataan polis, kes disiasat di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Orang ramai, terutamanya ibu bapa, disarankan untuk memantau aktiviti dalam talian anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sebarang perlakuan tidak bermoral.

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan, sila hubungi Inspektor Aldrin di talian 012-2549543 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.