in

“Boleh mohon bertukar tanpa syarat selepas 2 tahun berkhidmat” – Ini 6 Berita Gembira Untuk Guru

berita gembira untuk guru pertukarana 2 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan enam inisiatif khas buat para guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 yang diraikan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek mengumumkan perkara itu dalam ucapan aluannya sempena sambutan berkenaan yang dihadiri kira-kira 5,000 guru.


Inisiatif pertama yang diumumkan KPM ialah guru boleh membuat permohonan pertukaran selepas cukup tempoh berkhidmat dua tahun tanpa syarat.

Artikel berkaitan: “Inilah kejayaan sebenar…” – Terpaksa Jaga Suami Sakit, Besarkan 4 Anak, Guru Ini Menangis Terharu Lihat Anak Murid Berjaya

Artikel berkaitan: Cikgu Din Diberikan Cuti, KPM Akan Adakan Pertemuan Bincang Kebajikan & Bantuan

lina 1747365379

Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut menyediakan seramai 1,470 orang personel MyPg iaitu pembantu guru bagi tahun ini dan sekolah terpilih berdasarkan kriteria ditetapkan akan menerima dua pembantu guru terbabit.

Bagi inisiatif ketiga, seramai 32 guru dalam kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bakal melalui pengalaman bertugas di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma di bawah Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT).

Untuk memantapkan lagi bidang pendidikan di Malaysia, KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih.

Bagi inisiatif kelima, diskaun 20 peratus diberi bagi pembelian tiket penerbangan kepada guru ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM.

Manakala, inisiatif ke enam ialah pemberian diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus bagi pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.