in

“Bini orang jangan buat main” – [VIDEO] Niat Nak Tolong, Suami ‘Standby’ Pegang Batu Dekat Belakang

Untitled design 2022 03 18T131736.070

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita dah berkahwin, sudah pastinya seboleh-boleh kita akan menjaga keselamatan pasangan kita.

Bagaimanapun, jika kita berada dalam situasi dimana kita terlihat seseorang yang memerlukan pertolongan sudah pastinya kita akan membantu mereka dengan apa cara sekali pun. Tidak kisahlah jika berlainan jantina pun, asalkan semua orang selamat.


Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini, apabila seorang lelaki menghulurkan tangan kepada seorang wanita yang kelihatan struggle berjalan di sungai.

https://www.tiktok.com/@farisazri/video/7074848116410813723?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7072572541998843393

Alamak, ada plot twist pulak!

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @farisazri memaparkan seorang wanita yang ingin berjalan keluar dari sungai dan ada seorang lelaki yang ingin membantunya secara spontan.

Rupa-rupanya, suami wanita itu sedang duduk diatas batu sungai tersebut. Lebih menghiburkan lagi, dalam video tersebut suami wanita itu sudah standby dengan memegang sebiji batu dibelakang.

Ia ibarat memberi amaran supaya lelaki itu tidak memegang isterinya.

Nasib baik tak pegang, kalau tak dah masuk ICU!

Video tersebut sudah pastinya mencuit hati netizen dan rata-rata merasakan perkara itu sangat relatable.

momni

Oleh kerana video tersebut sangat menghiburkan, setakat ini ia telah mendapat lebih 4 juta tontonan serta lebih dua ribu komen.

Nasib baik tak pegang bang, kalau tak…

Baca: Kelakar! Pelamin Terletak Depan Kolam Panjang, Jurufoto Pula Kena Ambil Gambar Bermeter Jauh

Untitled design 2022 03 18T131335.923

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.