27 Mac lepas, tular satu video yang telah meruntun hati netizen apabila ada penunggang motosikal roda 3 membawa seorang makcik OKU dan gunakan beg sebagai penghadang daripada mukanya terkena cahaya matahari.
Menurut mStar Online, video tersebut telah meraih jutaan tontonan dalam masa tak sampai 24 jam ia dikongsikan di TikTok dan menurut perakam, kejadian ini berlaku di Terengganu.
Ramai netizen berpakat nak hulur bantuan
Tersentuh melihatnya, ada beberapa netizen memohon agar jika ada mana-mana pihak yang mengenali insan untuk kongsikan maklumat kepada mereka untuk menghulurkan bantuan.
Disamping itu, mereka turut mendoakan bahawa wanita yang memberikan teduhan kepada warga emas OKU tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat cium bau syurga.
https://www.instagram.com/p/CbmJ3_7O15L/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Dapat perhatian Ustaz Ebit Lew, hadiahkan kereta Bezza
Nak dipendekkan cerita, berita mengenai mereka ini telahpun sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew, terkenal dengan sikap permurahnya dalam menghulurkan bantuan kepada orang susah, UEL dengan pantasnya ke Terengganu semalam untuk bersua dengan mereka.
Menerusi Facebook, UEL menjelaskan bahawa wanita yang buat penghadang beg itu adalah anak saudara warga emas berkenaan. Wanita tersebut meniaga ais krim potong dan dia tidak suka bergantung kepada sesiapa
Wanita itu juga ada kongsikan kepada UEL bahawa sebelum ini, dia ada sambung belajar master, tetapi berhenti kerana faktor kewangan dan ingin menjaga makciknya.
Oleh itu, bantuan yang diberikan UEL merupakan sebuah kereta Perodua Bezza dan ia dibeli secara tunai.
Disaat orang lain tak putus-putus mendoakan UEL dan keluarga ini, wujud pula satu pertikaian lain mengenai hal kereta tersebut kerana ia didapati dengan mudah dan cepat.
Bila order? Cepat je dapatnya – Netizen
Difahamkan, kini ramai yang mengatakan bahawa tempahan kereta akan mengambil masa berbulan lamanya untuk dapat kereta mereka, terutamanya model ini. Jadi, ia menjadi persoalan netizen bagaimana UEL boleh dapat kereta tersebut dengan mudah.
Dalam pada itu, ada juga yang berpihak kepada UEL dengan kongsikan pengalaman mereka dalam membeli kereta ini dengan mudah.
Ada yang kata sebab mungkin stok kereta ada sebab pembeli tak lepas loan, dan ada juga kata jangan terlalu memilih stok warna.
Baca : Ebit Lew Hadiahkan Perodua Bezza Kepada Wanita Jaga Makcik OKU Naik Roda Tiga