in

“Better kami berkawan” – Dato Red & Adira Beri Respon Bila Ditanya Jika Bersatu Kembali

syaz ft 2024 06 05T140800.050

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah berpisah, penyanyi terkenal, Adira serta bekas suami, Dato Red dilihat sering mengadakan sesi live di TikTok bersama-sama.

Terbaru, dalam satu sesi live bersama TikToker terkenal @acaps19, Dato Red dan Adira menjawab beberapa soalan panas yang ditonton oleh lebih sejuta pengguna platform tersebut.


Artikel berkaitan: “Saya tak ada rumah” –  Adira Kasihan Datuk Red Buat ‘Live’ Dalam Kereta, ‘Call’ Bagi Guna Studio Di Rumah

Artikel berkaitan: “Janji Adira ada” –  Netizen ‘Impress’ Adira Masih Tolong Dato Red Berniaga 

Adira yang juga bekas peserta Akademi Fantasia itu tidak dapat menafikan masih ada perasaan sayang namun ianya kerana kedua-dua mereka sudah bersama sejak tahun 2015.

@uddin.rizqi

@Acap S @abg red #acap #datored #adirasuhaimi #PK #terhibur #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Uddin Rizqi – Uddin Rizqi

Dalam tangkap layar video itu, Adira bagaimanapun tidak menolak jika berjodoh kembali dengan Dato Red kerana baginya itu adalah kuasa Allah, namun dia mengakui ‘sinar’ itu masih belum dapat dilihat.

TikToker itu kemudiannya bertanyakan soalan yang sama kepada Dato Red namun usahawan itu hanya mampu berkata mereka berdua lebih selesa hidup sebagai kawan.

“Buat masa sekarang ni, hati saya baik kami berkawan. Andai kata terjadi pun, saya tak nak. Saya rasa lebih baik kami berkawan.

Kami dah berbincang sebenarnya. Kami lebih selesa berkawan dan seronok lagi berkawan demi anak-anak,” katanya.

Sebagai info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.