in

“Berpantang pun suruh kerja” – Bekas Staf Dakwa Andika Putera ‘Liat’ Nak Bayar Gaji Pekerja?

ft bekas staf andika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pempengaruh Andika Putera dilihat sekali lagi menjadi tumpuan netizen di X apabila ada beberapa individu mendakwa diri mereka merupakan bekas pekerjanya mendedahkan sisi gelap syarikat pempengaruh itu ketika bekerja dengannya.

Menerusi satu perkongsian di X, salah seorang individu yang dikatakan bekas pekerja itu menyatakan bahawa dia tidak menerima gaji untuk bulan Disember 2024 dan Januari 2025. Jelasnya, apabila pekerja meminta gaji, disuruhnya berhenti kerja.


Artikel berkaitan : “New chapter” – Andika Putera Bernikah Lagi, Tak Tayang Wajah Isteri

Artikel berkaitan : “Nak dekat RM2K” – Individu Dedah Andika Putera Bayar RM100 Untuk Sesiapa Sertai ‘Old Money Club’?

Namun begitu, individu ini dakwa bekas majikannya sengaja melengah-lengahkan masa untuk berikan ‘termination letter’, dakwanya, bekas majikannya itu cuba nak elak individu tersebut daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Konon suruh bagi muka sebab dia baru kahwin ada anak istimewa. Habis staf ni lagi la puasa dah dekat, mana yang ada anak nak settle hal sekolah lagi. Tak ada empati, dia asyik dok buat konten terpaling old money, terpaling ada bini DR, honeymoon sampai RM 20K tapi gaji tak bayar alasan dia layak bercuti sebab dah lama tak pergi bercuti.”

Sementara itu, ada individu lain yang juga dakwa dirinya bekas pekerja Andika mengatakan bahawa dia kini masih menunggu gajinya, malah dia mengatakan bahawa dia disuruh untuk bekerja ketika waktu berpantang.

Screenshot 2025 02 12 123222

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang memberikan reaksi kurnag senang terhadap sikap majikan yang menindas pekerja.

andika andika 2

Hantaran  ini telah meraih lebih 10K jumlah perkongsan di X. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum ada respon daripada Andika Putera, diharap tuan empunya badan boleh tampil beri penjelasan mengenai hal ini agar dapat mengelakkan daripada berlakunya salah anggap sekiranya ia tidak benar.

Sumber : X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.