in

“Bermula dengan botol 100PLUS”- Sempena Hari Lahir Isteri, Datuk Lee Chong Wei Imbas Semula Permulaan Kisah Cinta Dengan Isteri

kisah cinta lee chong wei dan isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena dengan hari lahir isterinya baru-baru ini, bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah mengimbas kembali bagaimana kisah cintanya dan isteri, Wong Mew Choo bermula suatu ketika dahulu.

Menerusi Instagram, Datuk Lee Chong Wei berkongsikan kisah cinta mereka berdua.


Menurut bekas pemain badminton kebangsaan ini, sebelum mereka rasmi bercinta, Lee Chong Wei telah membawa Mew Choo untuk makan malam romantik bersempena hari lahirnya.

Selepas selesai makan malam bersama, Lee Chong Wei kemudiannya menghantar Mew Choo pulang dengan keretanya.

Sebelum Mew Choo keluar dari kereta, Lee Chong Wei kemudiannya bertanya kepada Mew Choo, berapa banyak peluang yang beliau ada untuk menjadi kekasih Mew Choo.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.20.46 AM

Artikel Berkaitan: “Tak pernah tak lawak” – Lee Chong Wei Kongsi Kejayaan Anak Dapat ‘A’ Dalam Ujian BM Tapi Rupa-Rupanya…

Artikel Berkaitan: “She said YES” – Pemain Badminton Malaysia Melamar Pemain Badminton Jepun

Namun, Mew Choo yang tidak menjawab soalan tersebut dan hanya keluar kereta tanpa mengatakan apa-apa telah menghampakan Lee Chong Wei.

Lee Chong Wei mengatakan dia sangat kecewa ketika itu dan terus berlalu pergi dengan memandu keretanya.

Namun, tidak lama kemudian, Lee Chong Wei menerima satu kiriman mesej dari wanita pilihannya itu.

Dalam mesej tersebut, Mew Choo mengatakan dia meminta maaf kerana dia tertinggal botol minuman di bawah tempat duduk kereta Lee Chong Wei.

Botol minuman itu juga mempunyai petunjuk seberapa banyak peluang yang Lee Chong Wei ada untuk menjadi kekasihnya.

Rupanya, botol minuman tersebut adalah botol minuman 100PLUS sekali gus menjawab soalan Lee Chong Wei tadi.

Bukan biasa-biasa kisah cinta bekas pemain badminton nombor 1 negara ni kan. 

Sumber: Instagram Lee Chong Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.