in

“Bercita-cita tinggi memberi impak kepada bola sepak Malaysia” – Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC

Shaarnaz El Patron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal tanah air, Sharnaaz Ahmad kini merupakan pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC yang difahamkan bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League).

Perkara ini dimaklumkan di laman Instagram Carabat FC, sebuah kelab bola sepak yang ditubuhkan pada tahun ini untuk dijadikan platform kepada pemain amatur mempamerkan bakat mereka.


Sebagai pemilik kepada Carabat FC, kelab yang dikira baru dalam komuniti bola sepak, mempunyai visi untuk memberi impak kepada arena bola sepak negara. 

“Penubuhan kelab ini didorong dengan rasa semangat yang mendalam terhadap sukan dan keinginan untuk memberikan platform buat pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka,” kata Sharnaaz.

Artikel berkaitan: “Dia mak kepada anak saya” – Sharnaaz Beri Amaran Jangan Marah & Cemburu Dengan Nabila

Artikel berkaitan: “Sistem tahi kucing!” – Sharnaaz Ahmad Bengang ‘Scalper’ Bolot Beli Nombor Plat

Tambahnya lagi, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak Malaysia dan berharap mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CarabatFC (@carabatfc)

Carabat FC difahamkan akan beraksi dalam satu perlawanan menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CarabatFC (@carabatfc)

Tahniah Mamu! 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.