Bentong Kali adalah penjenayah paling dikehendaki pada zaman 1990-an kerana terlibat dalam banyak kes pembunuhan serta jenayah-jenayah yang lain.
Siapa Bentong Kali?
Merupakan seorang lelaki India bernama Kalimuthu A/L Pakirisamy berasal dari Bentong, Pahang. Dilahirkan pada 22 Januari 1961 dan berhenti sekolah seawal usia 14 tahun dan terus join kumpulan kongsi gelap.

Jadi ahli “Gang 04”
Lepas berhenti sekolah, Bentong Kali terus jadi salah satu ahli kumpulan kongsi gelap bernama “Gang 04”. Sejak daripada itu, dia mula buat jenayah ‘kecil’ seperti merompak, menyeludup heroin dan peras ugut orang awam. Bentong Kali aktif dengan jenayahnya di sekitar Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang.
Masuk penjara pertama kali
Selepas 5 tahun terjebak dengan jenayah ‘kecil-kecilan’ itu, Bentong Kali dimasukkan ke penjara buat pertama kali dari tahun 1985 hingga 1991.
Tapi, sepanjang di dalam penjara dia bukannya berubah sebaliknya Bentong Kali menggunakan masa itu untuk rancang semua aktiviti jahat dia. Sebaik sahaja dibebaskan pada usia 19 tahun, Bentong Kali mengimpikan untuk menjadi penjenayah terkenal dan bagi memastikan impian itu tercapai, dia terus join “Gang 08”.
Keluar penjara, pindah KL
Sekali lagi, Bentong Kali dipenjarakan pada Julai 1985 selepas ditangkap di bawah Ordinan Darurat dan diletakkan di dalam penjara di Pulau Pinang. Namun, dia dibebaskan pada tahun 1987 dan diletakkan di bawah sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Bentong Kali tak tunggu lama dan terus pindah ke Kuala Lumpur sebaik saja dibebaskan. Tujuannya? Untuk menjadi seorang penjenayah terkemuka dan paling digeruni.
Tubuhkan gang sendiri
Beberapa bulan kemudian, Bentong Kali tubuhkan gang dia sendiri yang diberi nama “Gang 04 Jalan Klang Lama”. Pada tahun 1991 hingga 1993, Bentong Kali menjadi semakin dikenali dan ditakuti lepas dia bunuh 16 orang dan kebanyakannya adalah tanpa sebab.
Suka tembak tanpa sebab
Ramai gerun dengan Bentong Kali sebab dia punya tahap jahat sampai sanggup tembak orang tanpa sebab. Kalau sesiapa laporkan dia pada pihak polis, Bentong Kali akan belasah atau tembak mati orang tersebut.
Menurut satu portal, Bentong Kali pernah tembak seorang pekerja restoran tanpa sebab, tembak seorang lelaki yang mengamuk sebab dia suka hati kencing depan rumah orang tu.
Paling teruk, dia pernah pergi birthday party orang yang dia tak kenal dan akibat berlaku kekecohan antara rakan sejenayah dan tetamu, Bentong Kali yang terkenal dengan sikap panas baran itu terus mulakan tembakan. Kejadian itu menyebabkan 4 nyawa terkorban.
Polis tubuh unit khas
Pihak polis telah menubuhkan satu operasi khas bernama ‘Ops Buncit’, dianggotai oleh 200 orang polis dalam usaha untuk membanteras dan menangkap Bentong Kali.
Tapi, dia tak takut dan malah dengan selambanya cabar Ketua Operasi, Dato’ Zaman Khan untuk cari dia sampai dapat!

Larikan diri dan bersembunyi
Bila dah dapat tahu yang dia paling dikehendaki pihak berkuasa, Bentong Kali terus melarikan diri dan sewa sebuah rumah di Medan Damansara untuk dijadikan tempat persembunyian.

Ketika itu, pihak polis juga dilaporkan menawarkan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan Bentong Kali. Poster juga ditampal di kebanyakan tempat -tempat awam di seluruh Malaysia.
Selain Malaysia, polis juga bekerjasama dan mengedarkan poster ke negara sempadan seperti Thailand bagi mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara.
Berjaya ditembak mati
Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pada 29 Jun 1993 ketika waktu Subuh, sepasukan polis elit dan unit tindakan khas (UTK) telah dihantar untuk ke rumah sewa Bentong Kali.
Bukan setakat itu, pihak berkuasa turut menghantar skuad penembak hendap dan skuad bom dalam operasi itu. Ketika serbuan, dua ahli gang telah ditembak mati di tempat kejadian dan Bentong Kali pula mati selepas ditembak oleh penembak hendap polis.


Hati kering betul Bentong Kali ni…
Baca: Jenayah: DSP Kulasingam ‘Unsung Hero’ Tumpaskan Botak Chin, Hampir Terbunuh Disimbah Asid