in

Batu Bersurat Ditemui Di Arab Saudi, Berkemungkinan Ditulis Oleh Sahabat Nabi Muhammad SAW

batu bersurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu batu bersurat kuno yang ditemui pada sebuah batu besar di Taif, Arab Saudi dipercayai telah ditulis oleh Hanzalah bin Abi Amir, salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.

Menurut laporan Harian Metro, ukiran tersebut ditemukan pada tahun 2021 oleh seorang kaligrafer dari Turki, Yusef Bilin, semasa beliau melawat sebuah masjid lama yang dipercayai dibina oleh Saidina Ali.


Batu yang terletak kira-kira 100 meter dari masjid tersebut memaparkan dua ukiran dalam tulisan Paleo-Arab, iaitu bentuk tulisan Arab dari zaman pra-Islam.

Apa yang menarik, penulis ukiran tersebut memperkenalkan diri mereka – salah seorang bernama Hanzalah bin Abd Amr, dan seorang lagi dikenali sebagai Abd al-Uzze bin Sufyan.

Mesej yang terkandung dalam ukiran tersebut ialah seruan untuk takut kepada Allah:

“Dengan nama-Mu, Tuhan kami, saya Hanzalah anak kepada Abd Amr, saya mengajak (kamu) untuk takut kepada Allah.”

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Journal of Near Eastern Studies menyatakan bahawa nama serta latar belakang Hanzalah sangat sepadan dengan seorang sahabat Nabi yang berasal dari Yathrib (kini Madinah) dan yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun 625 Masihi.

Tambahan pula, penggunaan nama “Abd al-Uzze” (nama dewi Arab zaman jahiliyyah) menunjukkan bahawa ukiran ini kemungkinan besar dibuat sebelum kedua-dua individu tersebut memeluk Islam.

Hal ini juga menyokong teori bahawa ukiran itu berasal dari awal abad ke-7, iaitu sebelum Islam tersebar secara meluas di wilayah tersebut.

Artikel berkaitan: Tanda-Tanda & Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam, Sila Ambil Perhatian!

Artikel berkaitan: Maulidur Rasul: Ini 7 Tanda Keajaiban Yang Berlaku Ketika Kelahiran Nabi Muhammad

batu1 1742454507
Batu bersurat yang dipercayai telah ditulis oleh Hanzalah bin Abi Amir, salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ahli akademik seperti Profesor Ahmad Al-Jallad dan Hythem Sidky menekankan bahawa penemuan ini amat penting kerana ia memberi gambaran lebih jelas tentang permulaan Islam berdasarkan bukti fizikal dari zaman itu sendiri, bukannya hanya melalui catatan sejarah yang ditulis kemudian.

Walaupun begitu, terdapat juga pakar seperti Profesor James Montgomery dari Universiti Cambridge yang masih berhati-hati untuk mengesahkan identiti Hanzalah sepenuhnya.

Namun, beliau tetap memuji penyelidikan tersebut sebagai satu kajian yang sangat teliti dan mengagumkan.

Sekiranya benar batu bersurat ini ditulis oleh sahabat Nabi Muhammad SAW, ia mungkin menjadi antara bukti sejarah paling awal yang secara langsung menghubungkan zaman Rasulullah SAW dengan peninggalan fizikal yang masih wujud hingga ke hari ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.