in

Baru Usia 16 Bulan Tapi Berat Dah Cecah 27kg, Bayi Terpaksa Pakai Baju Bapa

bayi 16 bulan berat 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara salah satu penanda aras untuk bayi yang sihat ialah mempunyai berat badan normal.

Tular di media sosial Indonesia tentang usia seorang bayi lelaki yang berusia 16 bulan, namun beratnya sudah mencecah 27 kilogram.


Disebabkan berat yang tidak sama dengan bayi seusianya, bayi yang bernama Muhammad Kenzi Alfaro terpaksa dipakaikan dengan baju bapanya, lapor Detik.

bayi

“Pakaian ayah hanya muat untuknya, kadang-kadang juga dipakai pada anak saya,” katanya.”

Bukan setakat itu, Muhammad Kenzi hanya muat memakai lampin bersaiz 3XL. Menurut ibu bapa bayi tersebut, tidak banyak produk lampin bersaiz 3XL dijual di Bandung, jadi anak mereka terpaksa memakai lampin bersaiz 2XL walaupun kecil.

Mereka hanya menggunakan lampin saiz 3XL pada waktu malam sahaja untuk menjimatkan wang.

Si ibu mengatakan tidak mengetahui punca bagaimana berat anaknya meningkat mendadak dan menjadi obes.

Bagaimanapun, dia mendedahkan anaknya diberi minum susu pekat dengan diselangi susu formula kerana tidak mampu.

“(Susu formula) diberikan kerana tidak minum susu ibu. Kemudian, Kenzi diberikan susu pekat manis selepas umur setahun,” katanya.

Hanya mampu baring & duduk

Jika kebanyakan bayi sudah boleh berdiri dan berjalan pada usia 16 bulan, tetapi Muhammad Kenzi hanya mampu berdiri untuk tempoh beberapa saat sahaja sebelum duduk semula.

Bayi itu banyak menghabiskan masa dengan duduk dan tidur sepanjang hari disebabkan berat badan yang berlebihan.

Namun, si ibu menegaskan kesihatan bayi mereka berada dalam keadaan baik ketika ini. Malah, mereka juga tidak mengesan sebarang tanda mencurigakan yang ditunjukkan oleh anak mereka.

Pun begitu, bayi tersebut dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan rutin di hospital sebagai usaha menurunkan berat badan.

Untuk info, berat bayi itu sama berat dengan purata kanak-kanak berusia lapan tahun. Manakala purata berat bayi 16 bulan adalah kira-kira 10 kg.

Baca: “Bukan 44 hari tapi seumur hidup” – Dr Amalina Kongsi Tips Berpantang Ikut Kajian Saintifik

amalina tips berpantang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.