Hari ini, media sosial digemparkan dengan sebuah video di mana seorang remaja yang berusia 13 tahun dipukul beramai-ramai oleh beberapa orang dewasa ketika dia ditahan sedang memandu sebuah kereta Kancil berwarna hijau.
Difahamkan, remaja berkenaan mencuba untuk melakukan perbuatan jenayah terhadap seorang kanak-kanak sebelum dicekup oleh penduduk kampung, lapor mStar.
Berdasarkan video berdurasi hampir 2 minit itu, remaja tersebut kelihatan berada dalam ketakutan selepas ‘dihentak’ oleh beberapa orang dewasa sambil menelefon seseorang yang dipercayai keluarganya.
Remaja tersebut bukan sahaja dilempang, dia juga diterajang oleh seorang dewasa di situ sambil disaksikan oleh beberapa penduduk kampung yang lain.
“Marah pun tak guna bawak je ke balai”
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen tetapi ramai yang beranggapan remaja tersebut sepatutnya dibawa ke balai polis dan biarkan pihak berkuasa mengambil tindakan selanjutnya.
Mungkin remaja tu akan dikenakan tindakan yang sewajarnya…
Baca: [VIDEO] Didakwa Belasah Rider, Dua Individu Bergaduh Tepi Jalan Berdepan Penjara Setahun