in

Baru 3 Hari Tayangan, Filem Animasi Mechamato Cecah Kutipan RM 5 Juta!

mechamato 5 juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mechamato Movie merupakan sebuah filem animasi 3D terbitan tempatan yang mengisahkan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato yang bertemu dengan robot bernama MechaBot.

Filem itu mencipta fenomena dalam dunia perfileman apabila ia sudah berjaya meraih kutipan RM 5 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan di pawagam.


Nizam Abd Razak Creator Director of Mechamato

Menurut laporan The Star, ketua pegawai eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak, yang juga merupakan penulis dan pengarah filem itu, melahirkan rasa terima kasihnya atas sambutan yang amat menggalakkan.

“Sejujurnya, kami tidak menjangkakan sambutan yang begitu hebat kerana Mechamato adalah produksi terbaru daripada Monsta, tidak seperti BoBoiBoy yang telah menjadi ikon negara,” katanya.

Lebih memberangsangkan, filem animasi tersebut meraih RM1.1 juta pada hari pertama tayangan yang bermula pada 8 Disember lalu.

Tambahnya lagi, siri animasi Mechamato baru sahaja disiarkan di Cartoon Network selama setahun dan dua bulan di laman penstriman, Netflix.

“Demam Mechamato memang betul-betul dapat dirasai. Malah, kami dengar ada yang siap bersilat selepas keluar panggung,” katanya berseloroh.

Selain berterima kasih kepada semua penonton dan peminat filem Mechamoto, Nizam turut menyatakan filem Mechamato akan dieksport ke luar negara tahun depan.

Korang dah tengok ke filem ni?

Baca: “Welcome to Japan!” –  Siri Animasi Tempatan Mechamato Disambut Baik Penonton Jepun

Untitled Design 2022 03 29T112649.232

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.