Kecoh di media sosial, sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai seorang bapa didakwa telah mengasari anak kecilnya di dalam kereta.
Kejadian itu disaksikan dan dirakam oleh pasangan suami isteri yang berada di kawasan parkir bersebelahan dengan kereta tersebut.
Menerusi video tular itu, lelaki terbabit didakwa menampar dan menghempas anaknya yang berusia antara 2 hingga 3 tahun yang dibaringkan pada tempat duduk bahagian belakang.
Artikel berkaitan: Budak 7 Tahun Didakwa Dilemp*ng 2 Kali Hingga Kepala Terhantuk Di Dinding Sekolah
Artikel berkaitan: Fidya Kamalinda, Atlet Taekwondo Yang ‘Hilang’ Selama 10 Tahun Akhirnya Muncul Di Media Sosial Dedah Sisi Gelap Keluarga
Turut kedengaran suara si anak sedang menangis kerana dimarahi sambil disaksikan
oleh dua orang kanak-kanak lain yang dipercayai anak si pelaku serta isterinya yang duduk pada bahagian tempat duduk hadapan.
Individu yang merakam telah menegur perbuatan si pelaku namun dia mendakwa tindakannya yang dilakukan atas alasan mahu mengajar anaknya yang dikatakan membaling barang pada orang.
“Memangla dia budak abang, dia baling barang pada orang. Tak payah nak record video. Kalau tak diajar macam mana, dia baling barang orang,” kata si bapa.
Netizen seru pihak berkuasa ambil tindakan
View this post on Instagram
Rakaman tular itu turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneliti kes tersebut.
Dalam pada itu, Caprice menerusi akaun Instagramnya menyarankan supaya keluarga tersebut mendapatkan khidmat nasihat bagi menangani kemarahan.
Sumber: Instagram