in

Bapa 4 Anak Didenda RM80,000, Sebar & Jual Video L*cah Berkumpulan Dengan Isteri Di Media Sosial

sebar video lucah berkumpulan dengan isteri

Bapa kepada empat orang anak didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar atas empat pertuduhan menghantar video sumbang dan lucah berkumpulan di media sosial termasuk bagi tujuan komersial, sekitar awal tahun ini.

Kamarulnazri Desa, 45, dijatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran video sumbang di platform X pada pukul 11.36 malam, 26 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama melibatkan video lucah di laman media sosial sama kira-kira pukul 1.12 pagi, 4 Februari lepas.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) dan 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

WhatsApp Image 2024 12 17 at 5.22.38 PM 2048x1152 1

Berdasarkan fakta kes juga, tertuduh didapati menjual kandungan video lucah berkumpulan terbabit pada harga RM100 berdasarkan resit bayaran yang ditemui pihak berkuasa ketika melakukan siasatan.

Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman ringan berikutan hanya bekerja sebagai pekerja am pembersihan dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan masih menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih menuntut di universiti selain menjaga nenek yang uzur.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan tindakannya memuat naik klip video mempromosi kegiatan seks berkumpulan termasuk video hubungan isterinya bersama lelaki lain sambil disaksikan tertuduh.

Ini disebabkan video berkenaan dijual kepada orang ramai dan pemeriksaan SKMM mendapati terdapat banyak koleksi video milik tertuduh di pautan media sosial yang dimuatnaiknya sejak 2016.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh dikenakan denda RM80,000 atau penjara dua tahun sekiranya gagal membayar hukuman berkenaan.

Difahamkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya dan akan dibawa ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman penjara yang ditetapkan.

Sumber: Harian Metro