in

Bangunan Yang Runtuh Di Pulau Perhentian Rupa-Rupanya Dibina Secara Haram Semasa PKP Lepas?

Ft Resort Perhentian Roboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di salah sebuah resort di Pulau Perhentian yang dilaporkan runtuh baru-baru ini telah dibina secara haram semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Menurut Pengerusi Majlis Daerah Besut, Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pemilik resort itu sebelum ini telah memohon kelulusan pelan bangunan dan kebenaran merancang pada Ogos 2021.


Bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada September 2021 telah membuat keputusan untuk menolak permohonan tersebut atas beberapa faktor, termasuklah kegagalan untuk mengemukakan pelan tetap.

400683846 833170642143200 7185438027303651969 N

Tambahnya lagi, kerja pembinaan projek yang runtuh tersebut telah dijalankan secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan daripada pihak majlis.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Sukeri semasa dihubungi pihak media mengenai insiden runtuhan bangunan tiga tingkat di sebuah pusat peranginan di Pulau Perhentian tersebut.

Artikel berkaitan : Insiden Bangunan Runtuh Di Pulau Perhentian, 4 Warga Asing Dikhuatiri Tertimbus

Artikel berkaitan : Kes Hilang Di Pulau Perhentian: Mangsa Katanya Singgah Kedai Makan & Dah Sampai Rumah?

Menurutnya lagi, pemilik telah gagal untuk mengemukakan dan mendapatkan kelulusan dasar daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Pemilik juga gagal mengemukakan permohonan kebenaran merancang daripada perancang bandar yang berdaftar.

Dalam insiden terbabit, enam pekerja pembinaan berjaya diselamatkan manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.

Tambah Sukeri lagi, pihak majlis juga menerima maklum balas teknikal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang tidak meluluskan pelan seni bina pada 29 Ogos.

Hasil siasatan mendapati, projek pembinaan tersebut telah dijalankan semasa perlaksanaan PKP pada tahun 2020, bermakna projek telah berjalan walaupun sebelum kebenaran merancang dikemukakan dan diluluskan.

Sukeri juga menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang permohonan baharu sehingga semalam daripada pemilik resort dan menurutnya tindakan selanjunya bakal diambil terutamanya berkaitan notis penguatkuasaan.

Sumber : NST

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.