Pada zaman sekarang, ada banyak jenis barang yang dikatakan dapat membantu ibu menguruskan anak dengan lebih baik. Baru-baru ini, tular mengenai penggunaan bantal atau pemegang botol susu yang dikatakan dapat membantu memudahkan kerja ibu bapa.
Tetapi, menurut sebuah komen, bantal tersebut boleh menyebabkan bayi tersedak susu dan meninggal dunia!
Bahaya bukan!

Rata-rata netizan di Twitter juga tidak bersetuju dengan penggunaan pemegang botol tersebut.
Menurut mereka, penggunaan ‘bottle holder’ itu mungkin mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.
“Benda boleh fikir logik, kalau dah asyik kena telan air je sampai nak bernafas pun tak boleh, jgn cakap bayi, org tua pun boleh tersedak. Jadi, janganlah guna benda-benda macam ini,” kata seorang netizen.

“Janganlah ada ibu yang terpengaruh dengan alat bantu pegang botol susu ini. Sebenarnya, ada banyak jenis alat serupa dijual secara ‘online’, kebanyakannya datang dari China.
“Bukan lama pun nak menyusukan bayi, paling lama pun 15 minit. Tinggalkanlah kerja itu sekejap,” kata seorang lagi warganet.
“Bantal macam ini memang banyak dijual secara atas talian. Ramai pula tu yang komen bantal ni sangat membantu. Kita yang baca ni pun rasa geram. Takkan tak pernah baca kes budak meninggal dunia sebab tersedak susu?” Kata seorang pengguna.
Apa-apapun, lebih baik jika ibu sendiri yang menyusukan anak. Lebih masa ibu dan anak ‘bonding’, betul tak?
Sumber: Twitter
Baca: Minta Susu Formula Tapi Nurse Didakwa Tak Layan, Bayi Baru Lahir Hidap Hipoglisemia