in

“Bagi toksik pada bayi” – Hantaran Bonda Rozita Tentang Punca Anak Autisme Undang Kritikan Netizen

ft folic acid rozita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita telah mendapat perhatian netizen tentang punca para ibu dikatakan melahirkan anak-anak autisme.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 54 saat itu, Bonda Rozita menjelaskan bahawa terdapat banyak kes kelahiran bayi autisme sejak kebelakangan ini, dia membandingkan dengan zaman dahulu yang mana sangat jarang kes ini berlaku.


Artikel berkaitan : Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak

Artikel berkaitan : Hadiahkan Tasbih & Al-Quran Untuk Mak, Aliff Syukri ‘Nervous’ Dengar Pesanan Bonda Rozita 

Jelasnya, ia berpunca daripada para ibu zaman dahulu kurang stress, oleh itu Bonda Rozita berpesan kepada para ibu mengandung untuk kawal stress termasuklah membaca Al-Quran.

“Bila korang stress tu yang dapat anak autisme, dapat slow learner sebagainya. Sebab anak dalam kandungan sudah merasa jiwa dalam ibunya, jadi bayi dalam kandungan masih belum seimbangkan dekat dalam tu, kita dah bagi toksik dalam pemikiran bayi dalam kandungan. Jadi sebelum mengandung, baca dulu al-Quran.”

Dalam pada itu, Bonda Rozita turut menjelaskan bahawa pengambilan asid folik untuk ibu mengandung juga merupakan satu toksik. Katanya, ia berdasarkan pengalamannya mendalami ilmu holistik.

“Yang kedua, minta maaf nak cakap ya, bila saya belajar holistik, banyak perkara yang saya belajar, rupanya asid folik yang kita makan itu adalah sebahagian daripada toksik sebab kalau kalsium ialah kapur, tapi kalau asid folik itu menambahkan darah, menguatkan janin sebab dia mengandung.”

Katanya adalah lebih baik jika para ibu mendapatkan asid folik secara semula jadi daripada makanan seperti sayur-sayuran.

“Tidak semua para doktor ini suka pada perubatan dadah dan bila saya dapat doktor yang betul dan tidak suka dadah, maka saya berkawan dengan doktor tu.”

Video yang asalnya dimuat naik di TikTok ini tular sehingga ke platform media sosial X dan ia telah meraih 1.1K jumlah perkongsian dan ia telah mengundang rasa kurang senang netizen.

rozita autism rozita autism 2 rozita autism 3

Apa pandangan korang?

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.