Bercakap mengenai penjagaan kulit wajah, semuanya pasti impikan kulit yang flawless dan bebas daripada sebarang masalah kulit. Disebabkan itu, ramai sanggup habis sejumlah wang yang besar untuk mendapat kulit wajah yang lebih berseri dan sihat.
Namun, tak ramai yang tahu sama ada kosmetik atau pilihan produk yang ingin digunakan mengandungi bahan kimia berbahaya atau tidak.
Untuk itu, kami nak kongsikan antara produk yang mesti korang cuba kalau nak tampil berseri dan lebih yakin. Yang penting, bahan yang digunakan, terdiri daripada bahan asli tau!
Produk Annur 100% bahan asli berkualiti dan mesra kulit
Untuk pengetahuan korang, jenama Annur sememangnya dikenali dengan produk scented hand sanitizer iaitu cecair pembersih tangan yang hadir dengan wangian yang menyegarkan serta mesra kulit.
Tidak hanya sanitizer, Annur kini memperluaskan rangkaian produk mereka dengan memperkenalkan beberapa produk skincare dan kosmetik hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pakar-pakar daripada dua buah Universiti Malaysia yang terkemuka bagi menjamin kesihatan kulit.
Paling penting, produk-produk ini berunsurkan bahan asli berkualiti dan mesra kulit.
Ini antara produk kosmetik dan skincare yang dikeluarkan Annur:
Gentle Deep Cleanser: Dapat menghilangkan masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat. Kelebihan pembersih muka ini menggunakan formulasi tiada buih untuk menghilangkan kotoran dan pori-pori. Ia sesuai digunakan sebagai makeup remover atau cleansing balm.
Revitalizing Toner: Membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat (mengering atau mengecutkan jerawat), merawat kulit sensitif seperti sunburn atau alahan pada kulit.
Deep Serum: Mempunyai tekstur lightweight dan water based serta mengandungi retinol yang sesuai untuk semua kulit. Boleh mengecutkan pori, menghilangkan kedut muka dan meningkatkan collagen pada kulit muka.
Day cream: Day cream Annur membantu melembapkan kulit untuk waktu siang. Nampak kulit lebih segar dan sihat!
Night cream: Pada waktu malam, kulit bertindak memperbaiki kerosakan dan untuk penjanaan semula sel. Jadi, night cream membantu melembapkan kulit pada waktu malam dan juga boleh dijadikan sebagai sleeping mask.
Bila dah buat penjagaan wajah, takkan nak biarkan badan berbau pula? Salah satu cara menjaga kebersihan diri adalah dengan memakai deodorant.
Deodorant ANNUR Mini & Deodorant Annur Glacial & Botanic: Seramai 98% pengguna produk deodorant mengatakan ia telah mengurangkan bau ketiak serta masalah bau badan, mengandungi fragrance boleh tahan sehingga 12 jam serta tidak meninggalkan kesan kuning pada baju.
Annur liquid lipstick: Bibir korang kering sampai merekah dan mengganggu aktiviti seharian seperti senyum, makan dan bercakap? Jangan risau, masalah tu boleh selesai bila korang gunakan ini, yang boleh melembapkan bibir.
Ia diperbuat daripada bahan asli tempatan dan selamat digunakan seperti mango butter, manakala warnanya pula daripada beetroot dan kulit kayu manis. Ada 4 varian warna yang menginspirasi daripada nama bandaraya terkenal iaitu Marrakesh, Dubai, New York dan Seoul.
Jika korang mempunyai masalah jerawat di muka atau apa sahaja masalah kulit wajah, rangkaian produk Annur ini adalah pilihan tepat untuk merawat kulit wajah supaya kelihatan berseri dan yang penting produk ini tidak mengandungi bahan kimia serta mesra kulit!
Untuk korang yang ingin dapatkan produk Annur ini, boleh dapatkan di kedai mereka di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur dan kedai terbaharu mereka di Central I-City, Shah Alam yang baru sahaja dibuka pada Jun 2023, menampilkan pelbagai produk tambahan seperti bar soaps dan matte lipsticks dan lain-lain.
Korang juga boleh membuat pembelian secara online di Shopee, layari laman rasmi Annur ataupun follow IG mereka @byannur_ untuk maklumat lanjut.