Penyedia mesin layan diri terkemuka di Malaysia, ATLAS Vending melakar sejarah selepas melancarkan Mesin Layan Diri non-fungible token (NFT) pertama seumpamanya di Malaysia di REXKL, Kuala Lumpur.
Malah sempena sambutan Hari Malaysia, ATLAS memberikan peluang kepada 13 artis NFT tempatan untuk mempamerkan karya seni masing-masing.
Lebih istimewa 13 mesin layan diri telah ditempatkan di REXKL dengan setiap mesin mewakili setiap negeri di Malaysia dan artis NFT yang berasal dari negeri tersebut.

Mesin layan diri ini tersedia di REXKL dari 16 September hingga 16 Disember 2022 dan setiap mesin layan diri mengandungi 300 karya seni NFT rare dengan 50 daripadanya merupakan NFT platinum eksklusif yang akan diedarkan secara rawak.
Malah sempena sambutan Ulang Tahun ke-59 Hari Malaysia, setiap NFT tersebut boleh didapati dengan harga RM59 sahaja melalui pembayaran nirtunai.
Ini antara karya NFT platinum bagi negeri-negeri di Malaysia:
Pulau Pinang – Pelempunk
Terengganu – Batik
Perak – Home
Sabah – Her : Huminodun
Menarik kan?
Untuk pengetahuan, sehingga kini ATLAS menerima sambutan yang cukup luar biasa dari pengunjung-pengunjung khususnya yang ingin mendapatkan NFT eksklusif tersebut.

Bukan itu sahaja, pembeli NFT ini berpeluang memenangi 59 hadiah eksklusif yang akan diedarkan secara rawak termasuk 13 Nintendo Switch. Semua pemenang akan diumumkan pada 9 Disember 2022 di REXKL.
Atlas kini menyasarkan untuk menjana ekonomi melalui seni dan budaya dengan mewujudkan platform yang memudahkan akses kepada karya seni artis tempatan sambil memberikan kepada mereka pengiktirafan yang sepatutnya”-Kalithasan Sothinathan, Pengurus Kanan Pemasaran & Jualan Sampingan ATLAS Vending
Katanya lagi inisiatif terbaharu ATLAS ini membuktikan usaha mereka yang melampaui norma biasa selain memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.
Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari www.atlasasia.co