in

“Apa pulak benda putih tu” – Niat Nak Tunjuk Bilik Hotel, Tapi Benda Lain Pulak Muncul Dalam Video Wanita Ini

feature 2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dengar kisah-kisah hotel berhantu kan dekat Malaysia ni. Kalau hotel-hotel yang berada di tepi laut tu lagi la, katanya ada penunggu air.

Walaupun penakut, admin suka baca cerita-cerita seram macam ni. 


Kali ini, admin nak kongsikan kisah seram seperti yang diceritakan oleh seorang gadis di Twitter. Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Cahaya Sakinah, dia sebenarnya tidak perasan bahawa ada penampakan lembaga dalam video yang dimuat naik.

Pada mulanya, dia cuma nak kongsikan dengan pengikutnya di Twitter tentang kecantikan bilik hotel tersebut. Namun, selepas dia memuat naik video tersebut, baru ada yang kata ternampak lembaga putih di kawasan kolam bilik hotel itu.

Meremang pulak bulu roma admin. 

takut 1

Selain itu, katanya bukan dia sahaja yang diganggu. Gadis ini juga mengatakan bahawa sebenarnya sudah ada penghuni bilik tersebut yang sudah diganggu di hotel yang sama sebelum ini.

hotel 1

Ada juga netizen yang menganggap mungkin lembaga putih tersebut hanyalah bathrobe yang kebetulan digantung di situ. Tapi, katanya kalau bathrobe bentuknya bukan berjuntai-juntai.

takut 4

Walaupun lokasi hotel ini tidak dapat dipastikan, ada netizen yang berpendapat bahawa hotel ini terletak di kawasan Port Dickson. Rasanya dah banyak cerita-cerita hantu yang kita dengar dekat pantai ni kan.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama ketika menginap di hotel tersebut.

takut 3 1

Apa-apa pun, korang kena sentiasa berhati-hati sebab benda macam ni tak boleh dibuat main. Kalau korang tak kuat semangat, baik bercuti dekat tempat lain. 

Baca: “Tempat ni mmg keras nak haram” – Casuarina Inn, Kisah Seram Hotel Sebelah Penjara Taiping

hotel

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.