in

“Apa motif hiking kalau macam ni?”- China Bina Eskalator Untuk Mudahkan Pengunjung Daki Gunung

f4 naik gunung dengan eskalator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang mempunyai stamina yang kuat untuk mendaki bukit atau gunung. Ada sesetengah orang tu nak joging lima kilometer pun pancit sebab tenaga mereka memang tak berapa kuat. 

Namun, sebuah tempat tumpuan pelancong di wilayah Zhejiang di China ini pula baru-baru ini telah menyediakan eskalator untuk memudahkan pengunjung menaiki gunung tanpa perlu penat lelah mendaki.


9 2

Menurut laporan South China Morning Post, eskalator tersebut disediakan di tiga seksyen, dan pengunjung hanya perlu berjalan kaki di tiga kilometer terakhir sebelum sampai ke puncak.

Jika sebelum ini, pengunjung perlu mendaki sekurang-kurangnya 50 minit untuk sampai ke puncak, kini, pengunjung hanya perlu mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke puncak.

12 1

Difahamkan, gunung tersebut mempunyai ketinggian 350 meter sahaja, namun disebabkan keadaannya yang tidak stabil, pengunjung perlu berjalan jauh untuk sampai ke atas sebelum adanya eskalator.

Jadi, pemasangan eskalator itu kini telah membolehkan semua pengunjung tak kira usia termasuklah yang mempunyai masalah kesihatan seperti orang tua atau individu OKU untuk menaiki gunung kerana tidak perlu lagi bersusah payah mendaki.

Artikel Berkaitan: Gara-gara Terlalu Fokus Tengok Telefon Bimbit, Wanita Tak Sedar Rupanya Eskalator Berhenti

Artikel Berkaitan: “Baru tahu!”- Troli di KLIA Direka Sangat Unik, Boleh Naik Turun Eskalator

Pihak pengurusan yang memasang eskalator itu menjelaskan bahawa pihak mereka memutuskan untuk memasang eskalator itu di situ untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang semakin teruk setiap kali ratusan pengunjung mendaki.

Mereka pada mulanya mahu memasang kereta kabel namun ianya tidak selamat, jadi sebab itu lah eskalator menjadi pilihan.

Walau bagaimanapun, ramai juga golongan yang meminati aktiviti mendaki mengatakan eskalator terbabit telah ‘mencemarkan’ pemandangan cantik di kawasan persekitaran gunung itu.

Ada juga pendaki yang mengatakan tiada lagi kebahagiaan untuk mereka mendaki gunung itu kerana sekarang semua orang boleh sampai ke puncak tanpa aktiviti fizikal.

Namun, ada juga ibu bapa yang gembira dengan pemasangan eskalator itu kerana kini anak-anak mereka yang masih kecil juga boleh sampai ke puncak tanpa rasa penat.

Sumber: South China Morning Post, Oddity Central

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.