Emosi manusia boleh menjadi sangat bahaya jika tidak dikawal dengan betul, malah ia juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu menjadi ganas serta merbahaya.
Terbaru, tular sebuah video di aplikasi X di mana seorang lelaki tiba-tiba bertindak ganas dengan memecahkan cermin van ambulans menggunakan parang panjang yang dikenali sebagai ‘kwan tao’.
Artikel berkaitan: “Siap bawa parang lagi” – Pasangan Suami Isteri Baling Pasir & Tendang Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang
Artikel berkaitan: Lelaki Singapura Didenda RM5,500, Pecah Cermin Kereta Orang Lepas Dihalang Guna Lorong Kecemasan
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 43 tahun itu bagaimanapun sudah ditangkap susulan laporan yang dibuat pada pukul 2 petang Isnin kira-kira jam 12 tengah hari.
Lelaki pecah cermin ambulans guna pedang ‘kwan tao’ ditahan
Oleh
Bernama
–
March 26, 2024
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memecahkan cermin sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) dengan sebilah parang jenis ‘kwan tao’, semalam.Ketua Polis Daerah Sibu pic.twitter.com/HLUPEGtJ5a
— Ellayrose Norddin (@EllayroseN) March 26, 2024
Dalam insiden yang berlaku di Sibu, Sarawak itu, polis menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pemilik bengkel di sekitar itu, kata pengadu, dia tiba-tiba didatangi suspek tidak dikenali yang kemudiannya bertindak menetak cermin ambulans di situ sehingga pecah.
Difahamkan, ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas sebilah kerambit dari tangan suspek dan juga menjumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan dipandu suspek.
Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek turut mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.
Sumber: Sinar Harian