in

Apa Itu ‘Generational Endgame’ & Mengapa Ada Yang Minta Ia Dikaji Semula?

geg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal tahun ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan sebuah polisi baharu yang berani berkaitan undang-undang larangan merokok dan memiliki produk tembakau, termasuk vape.

Apa itu ‘Generational Endgame’ (GEG)?


Ia merupakan sebuah rang undang-undang (RUU) yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan di Parlimen, jika diluluskan, Malaysia bukan sahaja akan mengharamkan merokok tetapi juga melarang pemilikan produk tembakau dan vape oleh mereka yang dilahirkan pada 2007 dan seterusnya.

kkm tembakau

Rang Undang-undang ini dibahagikan kepada 12 bahagian dengan 55 klausa seperti berikut:

Seksyen 13 Akta yang dicadangkan (dalam Bahagian Empat mengenai kawalan penjualan) merangkumi larangan penjualan atau perkhidmatan produk tembakau untuk merokok kepada individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dan penalti.

Kesalahan pertama membawa hukuman maksimum denda RM20,000 dan penjara satu tahun bagi individu; dan denda RM100,000 dan penjara dua tahun bagi badan korporat.

Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, individu boleh didenda maksimum RM30,000 dan penjara dua tahun, manakala badan korporat berdepan denda maksimum RM300,000 dan penjara tiga tahun.

“Tiada seorang pun yang dilahirkan pada 1 Jan 2007, dan seterusnya boleh membeli apa-apa produk tembakau, bahan rokok, produk tembakau gantian atau peranti merokok (di bawah Seksyen 13(3)).

“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000,” katanya.

Bahagian Enam merangkumi larangan merokok di kawasan atau tempat larangan merokok, dengan pesalah berdepan denda maksimum RM5,000 setiap seorang.

Di bawah Seksyen 17, individu yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya dilarang menghisap sebarang produk tembakau, menggantikan produk tembakau atau menggunakan sebarang peranti merokok.

Kesalahan itu membawa hukuman denda maksimum RM5,000.

Pemilik dan penghuni bangunan mempunyai kewajipan untuk mempamerkan papan tanda larangan merokok dan dilarang menyediakan “peralatan, kemudahan atau apa-apa kaedah yang bertujuan untuk menggalakkan mana-mana orang merokok”.

Mereka hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana orang daripada merokok di dalam bangunan atau kenderaan, atau di tempat atau kawasan itu. Mereka yang didapati melanggar subseksyen itu boleh didenda sehingga RM5,000.

Menteri kesihatan akan dibenarkan melantik mana-mana orang sebagai penganalisis dan meluluskan makmal untuk melaksanakan peruntukan tertentu dalam Akta tersebut.

Mana-mana makmal yang diluluskan hendaklah dikeluarkan dengan perakuan kelulusan, yang dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah Akta ini, boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Bahagian Kesembilan akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berkaitan dengan penguatkuasaan.

“Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua pangkat seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) berhubung dengan penyiasatan,” 

Seksyen 30 membenarkan pegawai yang diberi kuasa untuk membuka apa-apa bagasi, bungkusan, atau mana-mana bekas lain dan boleh memeriksa mana-mana produk tembakau, bahan penghisap, produk tembakau gantian, peranti merokok atau tiruannya.

Tapi, kenapa ada yang inginkan perkara itu dikaji semula?

Pun begitu, terdapat beberapa pihak yang merasakan polisi tersebut perlu dikaji semula kerana ia akan memberikan impak yang besar terutamanya kepada mereka yang berada dalam industri tembakau dan rokok elektronik.

vape

Dalam laporan New Straits Times, antara yang menyokong penuh cadangan kawal selia undang-undang tersebut ialah Pengasas Malaysian ­Vaping Movement, Ibrahim Morni, dia berkata polisi GEG dilihat agak drastik kerana ia bakal ­mengharamkan industri vape untuk jangka masa depan.

“Kami mohon perkenalkan peraturan dahulu dan sambil itu, keputusan berkenaan GEG untuk industri vape dikaji semula.

Saya percaya industri vape di Malaysia perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya dan bukan untuk diharamkan secara perlahan-lahan,” katanya.

Selain itu, Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) juga menyarankan agar kerajaan mengkaji semula GEG untuk perusahaan rokok elektronik atau vape.

Presidennya Rizani Zakaria berkata, perkara itu tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana masih ramai yang keliru de­ngan polisi GEG dan ia akan secara langsung memberi impak kepada usahawan vape.

“Ramai tidak hadir dalam sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan baru-baru tetap tidak bersetuju dengan polisi GEG, ­terutamanya pengusaha kecil dan sederhana dalam industri vape.

Oleh itu, perkara itu perlu dikaji semula kerana ia memberi impak kepada usahawan tempatan,” katanya. 

Apa pendapat korang pula?

Baca: Singapura Bakal ‘Ikut’ New Zealand Laksanakan Larangan Merokok Kepada Remaja

Larangan Merokok

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.