in

“Apa dia cuba buat?” – Kereta Tiba-tiba ‘Reverse’ Ketika Lampu Isyarat Merah Sampai Langgar Kereta Belakang

langgar belakang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelakuan serta tindakan manusia ini sangat tidak dapat dijangka, lebih-lebih jika mereka tidak berada dalam keadaan mental yang betul atau sedang terdesak.

Terbaru, sebuah video tular di X yang memaparkan sebuah kereta bertindak luar dari kebiasaan di mana dia mengundurkan keretanya ketika sedang berhenti di lampu isyarat sehingga melanggar kereta di belakangnya.


Namun, apa yang menjadi tanda tanya ialah tindakannya itu tidak terhenti di situ, sebaliknya pemandu tersebut keluar dari kenderaannya yang berwarna putih itu dan mengambil gambar ‘kemalangan’ tersebut.

Tindakannya yang dirakamkan dalam dash cam itu memaparkan seolah-olah kereta yang dilanggar itu melanggarnya, banyak persoalan daripada netizen atas perbuatannya itu.

“Nasib baik ada dash cam” 

Perkara itu mengundang persoalan ramai netizen, namun rata-rata berpendapat mangsa yang dilanggar itu bernasib baik kerana dapat merakamkan situasi aneh tersebut di dalam dash cam.

cats 30

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mendapat hampir 900 repost serta lebih puluhan replies.

Memang kena pasang dash cam sekarang ni…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.