Berjaya mencipta sejarah!
Seorang wanita kelahiran Syria baru-baru ini telah menjadi wanita berhijab pertama yang dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS).
Wanita bernama Nadia Kahf ini merupakan seorang peguam kelahiran Syria telah mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Daerah Passaic pada Khamis minggu lepas.
Menurut Sinar Harian, Nadia pada asalnya telah berhijrah ke AS dari Syria bersama keluarganya ketika beliau baru berusia 2 tahun.
Beliau kemudian berjaya menjadi peguam dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Perhubungan Islam AS sejak tahun 2003 lagi.
Selain itu, Nadia juga dilantik sebagai Presiden Pusat Daerah Islam Daerah Passaic, iaitu antara masjid terbesar di New Jersey.
Angkat sumpah guna Al-Quran pemberian nenek
Nadia yang dilaporkan sebagai wanita Muslim ketiga menjadi hakim Mahkamah Tinggi AS itu telah mengangkat sumpah sebagai hakim dengan meletakkan tangannya di atas sebuah Al-Quran yang dipercayai merupakan pemberian neneknya, lapor Arab News.
Saya sangat bangga dapat mewakili komuniti muslim dan Arab di New Jersey, US. Saya mahu generasi muda lihat bahawa mereka boleh amalkan agama mereka tanpa rasa takut menjadi diri sendiri.
“Kepelbagaian adalah kekuatan, bukan kelemahan kita,” katanya ketika majlis angkat sumpah tersebut.
Ketika ini terdapat ramai hakim beragama Islam di AS, namun hanya Kahf dan seorang lagi hakim mahkamah sivil di New York yang dilantik pada 2015, Carolyn Walker-Dialo yang berhijab.
Baca: [VIDEO] Bergema Ayat Suci Di Times Square, Umat Islam New York Tunai Solat Tarawih Dapat Perhatian