Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan di peringkat pentadbiran dengan memberikan nasihat kepada anggota tentera yang didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita hingga cedera pada 29 Mac lalu.
Jelas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizuddeain Jantan, anggota terbabit masih perlu menjalankan tugas seperti biasa di dalam pasukan kerana itu merupakan prosedur.
“Kita beri nasihat, selebihnya serah pada siasatan polis. Kita tidak boleh ganggu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.
Artikel berkaitan: Video Tular T*mbuk Pemandu Wanita, Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah
Artikel berkaitan: Anak Dilanggar Ketika Melintas, Bapa Nekad Tumb*k Pemandu Wanita
Semalam, media melaporkan Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang wanita di Mahkamah Majistret Seremban.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000.
Kes ini mendapat perhatian ramai susulan tular satu klip video memaparkan seorang lelaki menumbuk pemandu wanita Perodua Axia di kawasan Taipan Senawang.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas suspek berang kerana mendakwa anaknya dilanggar oleh wanita tersebut semasa melintas jalan.
Sumber: Sinar Harian