Pernahkah anda berada di dalam situasi terkejar-kejar mahu ke KLIA selepas menunaikan solat Jumaat? Kini anda tidak perlu risau lagi kerana KLIA turut menyediakan ruang untuk solat Jumaat buat para pekerja dan pelawat di situ!
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh akaun rarecation, individu ini mendedahkan KLIA sebenarnya ada menyediakan ruang solat Jumaat dan perkara ini tidak diketahui ramai.
Menerusi video tersebut, ruang solat tersebut terletak di tempat letak kereta atas bumbung di Blok B. Pengunjung perlu pergi ke tingkat 5 bangunan untuk tiba ke ruang solat tersebut.
Menariknya di situ, ruang solat yang disediakan seolah-olah di masjid yang sebenar meskipun ia terletak di ruangan parkir. Ruang tersebut dilengkapi dengan bumbung, kipas, karpet yang selesa dan juga pemandangan sekitar KLIA yang indah.
Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya tidak mengetahui berkenaan kewujudan ruang solat di KLIA.
“Terima kasih. Saya tak tau. Pernah berkejar-kejar ke masjid KLIA nak solat Jumaat”, tulis seorang individu.
“Saya bagi satu lagi tmpat,iaitu ijn institut jantung negara. Boleh solat jumaat disini rooftop parking”, kongsi seorang individu berkenaan lokasi lain yang turut menyediakan ruang solat Jumat.
@rarecation #rarecation #raretv #inibarurare #muslim #islam #solatjumaat #klia #bercuti #traveltiktok #fyp #malaysiatiktok #malaysiaairport
Siapa yang baru tahu tentang kewujudan ruang solat Jumaat di KLIA?
Kredit: rarecation
BACA: Kritik Sistem KLIA Gara-Gara Tak Boleh Bawa Masuk Air, Mat Salleh Dikecam Netizen