Kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya rakyat Malaysia berkahwin dengan warga asing kini layak memohon kewarganegaraan negara mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Ketetapan itu dibuat hasil penyelesaian yang dicapai dalam rayuan di Mahkamah Persekutan oleh sekumpulan enam ibu wargenagara Malaysia bersama Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) berhubung status kerakyatan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, merekodkan perintah persetujuan yang dicapai oleh pihak-pihak berkenaan.
Artikel berkaitan: Anak Hasil Perkahwinan Wanita Malaysia Dengan Orang Asing Layak Dapat Warganegara
Artikel berkaitan: “Wanita juga ada hak” – Dr Zul Minta Kerajaan Teliti Isu Ibu Tak Layak Beri Warganegara Pada Anak
Pada prosiding itu, Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili semua perayu, memaklumkan kepada mahkamah, semua pihak telah bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur empat tahun lalu.
View this post on Instagram
Di bawah terma perintah persetujuan itu, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing sebelum penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024, dan masih berumur 18 tahun ke bawah, boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu membolehkan seseorang di bawah umur 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa adalah warganegara persekutuan.
Mengikut peraturan, kanak-kanak itu akan diberikan kewarganegaraan jika permohonan itu memenuhi keperluan Perkara 26 (1), mengikut prosedur di bawah Perkara 15(2), dan termasuk semua dokumen sokongan yang diperlukan, seperti yang digariskan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Perkara 26(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya kecuali mengikut undang-undang.
Sumber: Berita Harian