in

Amerika Syarikat Senaraikan Malaysia Dalam ‘Destinasi Berisiko Tinggi Covid-19’, Bahaya Untuk Pelancong

Untitled design 2022 02 23T183427.932

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyatakan Malaysia kini termasuk dalam  senarai destinasi berisiko tinggi untuk pelancong.

Menerusi laporan CNN, CDC meletakkan Malaysia dalam ‘Tahap 4: Risiko Paling Tinggi apabila lebih daripada 500 kes bagi setiap 100,000 penduduk didaftarkan dalam tempoh 28 hari yang lalu.


Tahap 4, kini telah berleluasa kepada lebih 140 tempat, ia menunjukkan variasi Omicron yang merebak dengan pantas di seluruh dunia tahun ini. Pada awal Januari, terdapat kira-kira 80 destinasi yang disenaraikan dalam tahap tersebut.

Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah tempat pelancongan yang terkenal dengan pantai, makanan, kepelbagaian budaya serta bandar ikonik Kuala Lumpur.

Selain Malaysia, CDC juga menyenaraikan tiga lagi negara lain iaitu Bhutan, Brunei dan Iran. Minggu lalu, badan tersebut menyatakan Malaysia masih lagi di Tahap 3.

CDC juga menasihati pelancong untuk mengelakkan percutian ke negara-negara Tahap 4 kerana jumlah kes itu menunjukkan keboleh jangkita wabak tersebut amat tinggi. Minggu lalu, Korea Selatan dan Polynesia Perancis adalah antara destinasi yang ditambah ke Tahap 4.

Terdapat juga beberapa destinasi kegemaran pelancong lain yang masih di Tahap 4 seperti Mexico, Kanada, Perancis, Peru, Singapura dan Sepanyol. Manakala, United Kingdom berada di dalam senarai itu sejak Julai 2021.

Sebagai info, Malaysia melaporkan 11,034 kes Covid-19 dua minggu lalu, tetapi jumlahnya terus meningkat dan kini mencecah sehingga 27,179.

Baca: England Umum Individu Positif Covid-19 Dah Tak Wajib Kuarantin Di Rumah Bermula Khamis

Untitled design 2022 02 23T180525.758

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.