in

“Allahuakhbar!” – Jenazah Anak Gabenor Indonesia Yang Hilang Di Sg Aare Akhirnya Ditemui

emmeril kahn ditemui di sg aare

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan atas kehilangan anak Gabenor Jawa Barat, Ridhwan Kamil iaitu Emmeril Kahn Mumtadz, 22, atau lebih mesra dipanggil Eril yang didakwa lemas di Sungai Aare, Switzerland.

Pun begitu selepas dua minggu berlalu, jenazah arwah akhirnya berjaya ditemui malam semalam iaitu sekitar jam 6.50 pagi waktu Switzerland (Rabu), lapor Kompas.


2828156646

Menurut kenyataan pihak polis Bern, mangsa dilaporkan ditemui pada pagi Rabu dan disahkan bahawa mayat tersebut merupakan seorang warganegara Indonesia yang dijumpai di Empangan Engehalde di Bern.

Mayat itu juga katanya telah ditemui tersangkut di luapan empangan dan pihak polis berjaya menyelamatkannya. Mereka juga telah mengesahkan bahawa lelaki yang ditemui telah meninggal dunia.

1116375 720

 

“Engkau telah mengabulkan permohonan doa kami” 

Berita ini juga dikongsikan oleh Ridhwan di Twitter rasminya yang mengucapkan rasa syukur atas penemuan tersebut dan segala doa-doanya telah dikabulkan Tuhan.

Dalam pada itu, Ridhwan memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dibawa ke tanah air pada hari minggu dan akan dikebumikan pada Isnin nanti.

 

Jenazah Eril ditemukan dalam keadaan utuh, bersih, tampan 

Isteri kepada Ridhwan, Atalia Kamil menerusi Twitter juga memaklumkan bahawa mayat yang ditemui itu juga sudah disahkan sebagai milik anaknya selepas ujian DNA yang dibuat.

Tambahnya lagi, jenazah Eril telah ditemui dalam keadaan yang sangat baik, lengkap, bersih, tampan, tersenyum dan juga dalam keadaan wangi walaupun sudah 14 hari menghilang.

Apa-apapun kami dari Malaysia ingin mengucapkan takziah dan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah… 

Baca: “Mamah pulang dulu ya” –  Anak Gabenor Indonesia Yang Lemas Masih Belum Ditemui, Ibu Titip ‘Pesanan’

eril

Sumber: PRFM News
Sumber: Tempo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.