in

“Allah tak abaikan sesiapa” – Angeline Tan Kongsi Pengalaman Jejak Ke Tanah Suci Kali Pertama

Angeline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini kita dapat melihat ikatan perkahwinan antara dua pelakon ‘lejen’, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang pernah menghiburkan kita melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Terbaru, Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini berkongsi dalam Instagram miliknya pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.


Artikel berkaitan: Steve Yap Beri Pesanan Khas Buat Netizen Yang Kritik Perkahwinan Sabri Yunus & Angeline Tan

Artikel berkaitan: “Apa kata kita kahwin?” –  Angeline Tan Kongsi ‘Moment’ Sebelum Dilamar Sabri Yunus

“Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya.

Pelakon berusia 56 tahun itu berkongsi dia turut berkesempatan menunaikan solat Subuh dan jenazah di Masjid Nabawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Selain itu, Ardini turut berkongsi ramai yang mengirim doa kepadanya termasuklah rakan artis, kelarga, serta kru produksi.

Dalam posting Instagram, pelakon filem Duan Nago Bugho itu berkata dia berjanji akan mendoakan mereka yang mengirimkan doa sepanjang dia berada di tanah suci itu.

Rata-rata rakan artis dan pengikut Instagram Angeline turut tersentuh melihat perjalanan pelakon itu yang dipermudahkan segalanya selepas memeluk Islam dan bergelar isteri.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.