Sebelum ni timbul kisah mengenai orang Bajau Laut dikatakan mampu menahan nafas didalam air lebih kurang 13 minit. Ehh biar betul?
Terbaru, seorang lelaki telah membuat thread di laman Twitter miliknya mengenai individu di kampung halamannya yang mampu bernafas dalam air dalam tempoh masa yang lama iaitu 22 minit 31.5 saat.
Saya iban. Di kpg saya de seorang ni kami pnggil rayang. Dia hebat dlm hal berkaitan mmburu dan juga menyelam. Saya penah amik masa dia menyelam, and guess what,.. 22 minutes 31.5 seconds.. Dia kluar pegang ikan kaloi. Antara ikan yg menyelam dlm di lubuk2 di kwasan sungai kmi. https://t.co/7YOd3grOjR
— yan kapok (@King_equalizer9) October 27, 2019
Menurut @King_equalizer9, lelaki itu dikenali sebagai Rayang yang sememangnya sudah cukup dikenali oleh masyarakat sekitar mengenai kepakarannya dalam memburu dan menyelam.
Banyak yang kita tak tau adat dan ada sesetengah orang iban ni ada ilmu-ilmu atau pendamping”
Tambahnya lagi, menurut kepercayaan warga sekitar, Rayang berkemungkinan mempunyai bantuan daripada roh nenek moyang atau lebih mudah untuk difahami pertolongan jin dan syaitan. Betul ke dia ada pendamping?
Namun apabila lelaki ini bertanya kepada Rayang mengenai pendamping yang sering dikatakan oleh warga sekitar, dia hanya membalasnya dengan senyuman dan tidak memberikan sebarang jawapan. Husnuzon je lah yang dia memang boleh tahan nafas lama!
Tambah pemuda ini lagi, dia merupakan keturunan Iban dan percaya bahawa sesetengah kaum Iban yang bukan berketurunan Islam masih ada mengamalkan amalan yang berunsurkan syirik.
“Sebab saya iban and tau tradisi adat.”
“Cuma nya sekarang dah tinggalkan kerana keluarga saya islam, moyang saya pun ade satu kitab tulisan arab, and pakcik saya pegang.” katanya.


Wah betul-betul dashat lah, boleh tahan nafas dalam air macam tu lama. Kalau admin satu minit pun belum tentu.
Baca: [VIDEO] – Kejam! Haiwan Liar Dibuang Ke Laut Untuk Elak Pemeriksaan Polis Marin?