Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan dua pihak yang dipercayai berlaku dekat Pasir Tumboh, Kelantan.
Menurut laporan Kosmo, video itu pada awalnya menunjukkan dua pihak sedang bertikam lidah iaitu antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu dan penumpang kereta MPV Perodua Alza.
Pergaduhan itu katanya tercetus apabila kedua-dua buah kereta nyaris terlibat dalam kemalangan.
Menerusi perkongsian video dari Twitter @My_Crimewatch, dapat dilihat pemandu Perodua Myvi telah menendang bahagian hadapan Perodua Alza. Lahaii teruknya!
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1415161933964005379
Lebih mengejutkan dan menarik perhatian ramai ialah kemunculan ‘Akak Sanggul’ yang pada awalnya hanya bertikam lidah tetapi tiba-tiba join sekali menendang pemandu Perodua Myvi itu bersama beberapa orang lelaki lain.
Walau bagaimanapun, pergaduhan tersebut katanya sudah berjaya dileraikan oleh orang awam dan polis pun sudah membawa mangsa ke balai.
“Aku dok perati je sanggul akak tu. Tinggi nau”
Meskipun pergaduhan dua pihak itu jadi isu utama dalam video tersebut, rata-rata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada akak sanggul yang dilihat membuat aksi tendangan terhadap mangsa di dalam video.