Umum mengetahui Amerika Syarikat (AS) kini sedang dalam musim pilihan raya mereka yang bakal diadakan pada 5 November ini.
Calon bagi kedua-dua parti Demokrat dan Republikan kini sedang berkempen di serata negara barat itu.
Artikel berkaitan: “Nama saya Malaysia” – Pelancong Dari Amerika Jatuh Hati Dengan Malaysia
Artikel berkaitan: Sebelum Trump, Ini 5 Kes Pemimpin Yang Diserang Di Tempat Awam, Ada Yang Maut!
Terbaru, seorang hos rancangan politik AS Tucker Carlson yang merupakan orang kuat Donald Trump yang juga calon Presiden parti Republikan itu mendakwa seterunya, iaitu Kamala Harris merupakan orang berdarah campuran Malaysia dan Samoa.
Malah dalam video itu, Tucker berkata Kamala Harris seorang yang mempunyai IQ rendah.
@bigwilltok2 #TuckerCarlson calls #VPHarris “a Samoan, Malaysian, low IQ former #California prosecutor.”#HarrisWalz2024
Video ucapan itu kemudiannya menjadi tular sehingga mendapat perhatian Menteri Luar Negeri iaitu Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra disapa Tok Mat.
Tok Mat menerusi laman Facebook miliknya sempat menyindir hos tersebut dengan berkata dia mungkin akan mengajak Kamala Harris untuk ‘balik kampung’ jika dia memenangi pilihan raya tersebut.
“Terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami, Encik Carlson. Kami tidak menyedari bahawa seorang rakyat Malaysia bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat.
Sekiranya Puan Kamala memenangi persaingan, kami berbesar hati menjemputnya pulang ke kampung dan menjamunya nasi goreng USA,” tulisnya.
Sebagai info, calon Presiden dari parti Demokrat itu sebenarnya mempunyai darah campuran India dan berkulit hitam.
Sumber: Facebook