in

“Ah sudah!” – Netizen Kecoh MC Hospital Tangkak Hilang!

Syaz Ft 85

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sijil cuti sakit atau medical certificate (MC), merupakan sijil kenyataan sah yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah bagi mengesahkan seseorang itu tidak mampu untuk bekerja ataupun berurusan secara rasmi disebabkan tidak sihat.

Terbaru, satu hebahan dikeluarkan oleh Hospital Tangkak, Johor di mana terdapat sijil cuti sakit daripada hospital berkenaan dilaporkan hilang.


Artikel berkaitan: Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Jatuh Sakit, Pasangan Ini Laksana Akad Nikah Di Hospital

Artikel berkaitan: 36 Tahun Berkhidmat, Guru Sekolah Tak Pernah Ambil Cuti Sakit

Menurut kenyataan yang disahkan oleh Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit yang hilang itu bernombor siri HTGK F 896400.

“Dimaklumkan bahawa, Hospital Tangkak kehilangan sijil cuti sakit (Perubatan 9- Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400.

Ekoran itu, sijil cuti sakit dengan nombor siri berkenaan adalah tidak sah diguna pakai,” tulisnya.

Hebahan itu turut tular di aplikasi X dan rata-rata netizen terkejut dengan berita kehilangan itu, malah ramai juga netizen yang merasakan perkara itu amat jarang berlaku.

Tidak kurang juga netizen yang berseloroh agar mana-mana pegawai sumber manusia (HR) untuk memberikan perhatian terhadap hebahan tersebut.

1 8

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi lain susulan kehilangan sijil cuti sakit tersebut.

Betul rare ni!

Sumber: Facebook, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.