Minggu lepas, tular sebuah kes di mana penyanyi era 80-an Rashid bin Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Shidee didakwa telah memukul abang iparnya menggunakan batang besi.
Shidee dalam satu temu ramah bagi rancangan Melodi TV3 menceritakan apa yang berlaku pada malam itu.
Artikel berkaitan: “Suspek peserta program realiti popular” – Penyanyi Veteran Ditahan, Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi
Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut je cakap&” – Zarina Zainuddin Nafi Azil Pukul Pembantu Rumah
Menurutnya, pertelingkahan tersebut tercetus apabila abang ipar memintanya untuk mengalihkan kaki kerana dianggap menghalang laluan.
“Saya tanya kenapa nak kena alih, boleh jalan lagi. Lepas tu, dia pergi bilik air sambil merungut-rungut tapi saya tak dengar lah.
Daripada bilik air tu dia keluar, dia berhenti, dia marah-marah saya,” katanya.
Pelantun lagu Semuanya Sudah Terlambat itu kemudian memberitahu kepada isterinya berkenaan insiden tersebut tetapi ianya didengari oleh abang iparnya itu dan disebabkan itu, pergaduhan berlaku.
“Ketika pergaduhan itu berlaku, saya tak sedarlah ada luka ke, patah apa-apa ke, saya tak tahu.
Selepas itu saya pergi ke balai polis untuk beri kenyataan mengenai pergaduhan itu dan saya ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan,” katanya.
Selain itu, Shidee menolak kenyataan segelintir netizen yang mengatakan dia seorang yang panas baran.
Sumber: TikTok