Sebelum ni dah banyak kes kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaiain pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.
Terbaru, kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal telah dilaporkan dalam pada jam 6.50 pagi .
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh Honda Accord dipandu oleh seorang wanita warganegara China berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

Susulan daripada kejadian itu, wanita tersebut kemudiannya direman selama 4 hari selepas bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun menurut @hmetromy wanita yang berasal dari China itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown semalam atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pada Jumaat lalu.
Liu Shasha, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.
Didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol atau dadah”
Melalui pertuduhan tersebut, wanita itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang secara tidak langsung menyebabkan dia tidak berdaya untuk mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Datuk Keramat.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun.
Seksyen itu juga memperuntukkan denda tidak kurang RM8,000 hingga RM20,000.

Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pengesahan ketulenan pasportnya daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Pemilik Honda Accord yang dipandu wanita tersebut, Garrett Lim Nian Siang, 23, turut dihadapkan ke mahkamah kerana membenarkan wanita itu memandu kenderaannya selain turut berada dalam kereta tersebut sebagai penumpnag.
Dia bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret dan dikenakan denda Rm1,500.
Admin harap kes ni cepat selesai dan korang pun kalau nak bagi komen beringat lah sikit ye.