in

3 Individu Bertopeng Samun Sebuah Hub Syarikat Kurier Di Klang

kejadian samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang individu bertopeng telah menyamun sebuah hub pengumpulan dan operasi syarikat kurier di Meru, Klang pada waktu tengah hari semalam.

Memetik laporan Majoriti, tiga individu berkenaan yang turut bersenjatakan parang ketika kejadian telah melarikan wang berjumlah RM46,000 dari hub kurier tersebut.


Menurut Asisten Komisioner S.Vijaya Rao iaitu Ketua Polis Daerah Klang Utara, kejadian berkenaan berlaku ketika pekerja-pekerja hub berkenaan sedang mengira wang tunai di premis berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek telah ke premis tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza yang berwarna biru.

9 1

Artikel berkaitan : Suspek Kes Temb*k Di SCM Dikenali Sebagai ‘Ah Boy’, Terlibat 5 Jenayah Lain Lepas Insiden

Artikel berkaitan: Kes B*nuh Peniaga Wanita: Suspek Berusia 53 Tahun Ditahan di Terengganu

Susulan kejadian, laporan polis kemudiannya telah dibuat oleh seorang pekerja di premis itu tentang kejadian samun tersebut.

Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Rakaman litar tertutup (CCTV) ketika kejadian telah tular di media sosial.

Kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat memburu kesemua suspek.

Sumber: Majoriti

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.