in

2 Pelajar Di Sabah Meninggal Dunia Gara-gara Minum Air Berkarbonat Campur ‘Spirit’

pelajar meninggal minum air spirit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas, Sabah yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth I dan II.


Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak, punca kematian pelajar pertama disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol. Manakala punca kematian pelajar kedua disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1669569608221888512?s=20

Minum campuran air berkarbonat dengan spirit

Terdahulu, dilaporkan dua pelajar tingkatan lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

Difahamkan, pelajar berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan metanol, lapor Awani.

Seorang pelajar yang mendapatkan rawatan memaklumkan salah seorang pelajar telah membeli satu botol minuman berkarbonat dan dua botol spirit dari kedai berhampiran sekolah.

Menurut polis, tujuan kedua-dua cecair tersebut dibeli adalah untuk mendapat kesan yang sama dengan arak memandangkan kawasan sekitar asrama tidak menjual arak.

Selepas kedua-dua bahan itu dicampur, mereka telah meminumnya secara beramai-ramai di dalam bilik asrama namun tiga daripadanya mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama.

Baca: Budak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Kerana Disyaki Makan ‘Biskut Ganja’ Buatan Bapa
kanak kanak makan biskut ganja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.