Saat bencana banjir melanda negeri-negeri di Pantai Timur, dapat kita lihat ramai di kalangan orang biasa mahupun dermawan turun padang menghulurkan bantuan buat mangsa yang terlibat.
Meskipun banyak bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa ini, sebuah sistem pengagihan yang sistematik amat diperlukan agar semua mangsa yang terlibat menerima barang bantuan sama rata tanpa berlaku sebarang konflik.
Artikel berkaitan: Mangsa Banjir Rantau Panjang: Ibu Pula Menyusul ‘Pergi’ Selepas Anak Meninggal Akibat Sawan
Artikel berkaitan: “Lepas banjir bayarlah” – Netizen Puji Sikap Khairul Aming & Bos Mydin, Bergabung Bantu Mangsa Banjir
Sistem agihan PPS SK Bunohan dipuji
Menerusi satu video yang dikongsikan netizen, dipaparkan keratan video dari live pempengaruh Khairul Aming yang menunjukkan bagaimana sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menguruskan agihan barang bantuan yang diterima.
PPS SK Bunohan di Tumpat, Kelantan itu menggunakan sistem kad yang mana setiap keluarga mempunyai satu Kad PPS yang akan dicatatkan barang bantuan yang diterima keluarga berkenaan bersama dengan jumlah dan info-info lain.
@khairulamingfans_ Sistem pengagihan barang yang digunakan di PPS SK Bunohan ☺️🙌🏻 #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #misibantuanbanjir #banjirkelantan #banjir2024
Menurut Khairul Aming, kad itu digunakan untuk memudahkan pihak berwajib memantau barangan apa yang diperolehi setiap keluarga dan mengelakkan daripada sesetengah keluarga menerima barang bantuan yang sudah diterima mereka sebelum ini.
Sistem yang digunakan PPS tersebut telah mendapat pujian netizen di ruang komen dan ada yang berharap PPS lain turut mencontohi apa yang dilakukan di PPS ini agar pemberian barang bantuan tersebut lebih tersusun dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Apa-apapun syabas kepada mereka yang bertungkus lumus dalam membantu mangsa banjir ini. Jasamu dikenang selalu…
Sumber: TikTok